Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Ahad, 2 Jun 2013

Anak Peneroka Jadi Jutawan Emas

Shamsul Anuar menunjukkan barangan emas yang dijual oleh Syarikat GCP miliknya. Foto: Sinar Harian


JIKA tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Itulah perumpamaan untuk berjaya. Perlu usaha yang gigih untuk mencapai kejayaan. Pelbagai pengalaman pahit manis dalam kehidupan, telah diharungi oleh anak peneroka Felda Gedangsa Hulu Selangor yang juga bekas guru Shamsul Anuar Md Ali, 35 tahun menceritakan pengalaman beliau dalam industri emas. 
" Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah". Beliau membuka bicara. 
"Pada tahun awal bergelar guru dalam masa yang sama menggalas tanggungjawab sebagai suami dan ayah memaksa saya membuat kerja sampingan bagi mencari duit lebih. Tambahan pula pada waktu itu isteri masih lagi belajar. 
Apa yang saya lakukan ialah pada setiap awal pagi saya masak mi goreng, nasi goreng, nasi lemak dan letak di gerai di sepanjang jalan menuju ke sekolah. Sebelah malam pula saya mengajar tuisyen. 
Selain itu saya juga pernah menjual baja, membuat kerja percetakan, menjadi ejen syarikat MLM, berniaga restoran namun semuanya hanya sekerat jalan dan akhirnya saya terpedaya dengan pujukan penganjur skim cepat kaya yg menjanjikan pulangan lumayan sehingga habis duit saya dikikis. 
Kesilapan yang saya lakukan menyebabkan segalanya hilang sekelip mata. Gaji yang semakin tidak mencukupi, hutang keliling pinggang memaksa saya mencuba pula menjadi nelayan. 
Mungkin ramai yang tidak percaya namun itulah hakikatnya. Untuk menyara empat orang anak, saya dan isteri turun ke laut setiap hari selepas waktu persekolahan. 
Boleh dikatakan hidup kami sekeluarga kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tanpa menghiraukan keadaan cuaca, kami tetap turun ke laut dan pernah dipukul gelombang dalam kedaan ribut petir di tengah laut. Hanya Allah yang tahu perasaan kami suami isteri ketika itu demi mencari nafkah untuk empat orang anak kecil yang turut kerisauan di rumah. 
Selama setahun bermain dengan ombak dan laut saya banyak berfikir bagaimana mahu ubah kehidupan saya sekeluarga. Akhirnya saya menemui emas yang sememangnya sejak ribuan tahun dahulu nilainya tidak pernah susut. 
Jongkong emas
Pada tahun 2009 bermula dengan dua kilogram emas berharga RM103 segram Cikgu Shamsul bersama isterinya Cikgu Norliza Ngatiman nekad untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM300,000. 
“Saya membeli jongkong emas sebanyak dua kilogram berharga RM206,000 dan lebihan duit tersebut saya membeli barang kemas terpakai dan jadikan sebagai simpanan. 
“Menggunakan ilmu emas, saya cuba bercerita kepada rakan-rakan tentang kelebihan simpanan emas berbanding simpanan wang kertas. Alhamdulillah hasil perkongsian ilmu tersebut ramai rakan-rakan yang sedar dan celik emas telah membeli emas daripada saya. Penubuhan Syarikat Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP) pada 26 Mac 2009 bersama isteri, merupakan tindakan tepat kami memandangkan permintaan yang semakin meningkat. Amat mengujakan pada tahun pertama sahaja jualan kami mencecah RM23.9 juta. 
Menurut Shamsul, “sepanjang empat tahun ini, kenaikan harga emas pernah mencatat harga tertinggi pada 16 September 2011 mencecah RM216 segram dan nilai keuntungan yang saya peroleh juga mampu membuatkan saya membayar balik pinjaman bank dengan seberapa segera." 
Jelas Shamsul lagi, GCP adalah sebuah syarikat berdaftar milik Bumiputera sepenuhnya. Ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.  
“Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat mencapai ‘financial freedom’ dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan, pelaburan dan perniagaan emas fizikal yang mana kejayaan ini telah terbukti apabila syarikat berjaya melahirkan lebih 4500 usahawan emas bumiputera dalam tempoh 4 tahun penubuhannya. 
Melihat keadaan perniagaan yang semakin “huru hara” dengan permintaan emas yang tinggi dari pelanggan, beliau dan isteri nekad berhenti mengajar untuk menumpukan sepenuh masa bersama-sama menjayakan syarikat milik mereka.  
Menjelaskan potensi pelaburan emas, "emas semakin sukar didapati kerana ia merupakan galian yang tidak boleh dicipta dan kerana kesukaran itulah harganya akan sentiasa naik dan meningkat berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap emas. Saya ambil contoh begini." 
"Dalam empat tahun pertama sahaja, harganya sudah naik sehingga RM87 segram (RM190 segram harga runcit di pasaran hari ini) dan jika diambil kira dengan emas yang kita ada, keuntungan diperoleh sudah mencecah RM174,000," katanya. 
“Kami mahu membantu masyarakat celik tentang emas. Selain mensasarkan individu mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan menyimpan emas, kami juga membantu masyarakat untuk meningkatkan ekonomi dan menambah pendapatan dengan menjadi pengedar GCP di mana harga pengedar beli daripada GCP, jauh lebih murah berbanding harga di pasaran. 
"Harga yang ditawarkan kepada pengedar adalah harga borong. Pengedar kemudiannya boleh menjualnya kepada individu yang berminat dan ia mengikut kepada budi bicara pengedar itu sendiri. Jika ia mahukan untung lebih, mereka akan menjualnya pada harga runcit pasaran dan jika mahu untung sedikit, boleh jual kurang dari harga pasaran. GCP juga menawarkan penghantaran percuma walaupun pembelian emas seberat satu gram. Emas yang ditawarkan juga adalah berketulenan 999 dan 916,” jelasnya. 
"Pada awal penubuhan, saya berusaha keras dan berkorban masa untuk bersama keluarga tetapi selepas empat tahun, masa untuk keluarga juga semakin banyak apabila kini syarikat semakin kukuh dan berjalan mengikut sistem seperti yang dirancang. Setiap tahun saya sekeluarga boleh melancong ke tempat disukai, menunaikan Umrah, tanpa ada batasan wang dan sebagainya. 
“Melihat kejayaan yang telah diperolehi, saya mengambil keputusan mengadakan pelbagai seminar dan program khusus untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pelaburan emas ini agar masyarakat tidak terjebak dengan pelbagai skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai daya penarik. Malah melalui pengalaman dan kepakaran saya dalam bidang perniagaan emas ini besar harapan saya untuk menambah nilai hidup ramai orang untuk kaya dan berjaya dunia akhirat. 
"Untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup, seseorang tidak boleh memasang impian kosong sebaliknya perlu ada tindakan yang luar biasa dan konsisten. Malah tindakan itu juga mestilah bersistem berdasarkan ilmu yang diajar oleh mentor. 
Dahulu, saya mengajar anak murid di sekolah tetapi kini saya mengajar masyarakat sekali gus berkongsi kenikmatan hidup yakni mempunyai kebebasan kewangan dengan kata lain adanya wang pada bila-bila masa,” katanya yang menjelajah ke seluruh Malaysia dalam Program Usahawan Aura Kejayaan yang dianjurkan GCP. 
Dalam program ini saya menekankan pentingnya emas sebagai penyimpan nilai dan mengelakkan wang kertas semakin susut nilainya dimamah inflasi serta mengelak dari terjebak dengan skim cepat kaya. 
Selain daripada berceramah di seminar-seminar, bulan Julai nanti juga Shamsul akan berkongsi ilmu dengan bersiaran setiap ahad jam 9 malam sebanyak 13 episod sebagai panelis di rancangan Bicara Hikmah, HyppTv HIKMAH unifi, saluran 113. 
Sehubungan itu individu yang ingin menceburi bidang pelaburan dan perniagaan emas digalakkan menimba sebanyak mungkin ilmu tentang emas dan salah satunya adalah menyertai majlis ilmu yang dianjurkan GCP secara PERCUMA dengan melayari www.usahawanaurakejayaan.com 
Bagi yang ingin tahu mengenai Goldcrest Pavillion Sdn Bhd, boleh berkunjung ke:- 
PEJABAT URUSAN GCP
Pt 7490 tkt 1, Jln BBN 1/1E Putra Point 1, Bdr Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Hotline: 1700817969
Isnin-Jumaat 9.00pagi hingga 5.00ptg.
(Belakang bank Rakyat Nilai) 
KEDAI EMAS GCP
CAWANGAN CHERAS.
No 47 Jln Dwitasik 1,
Dataran Dwitasik,
Bdr Tasik Permaisuri Cheras.
TEL: 0391743476
TEL: 03-8933 1442
Isnin-Sabtu 11.00pagi hingga 6.00ptg.
(Sebelah Arrahnu Exchange) 
CAWANGAN MELAKA CENTRAL
No 41 Jalan Lagenda 1, Taman 1 Lagenda, Melaka Central, Melaka.
Isnin-Sabtu 11.00pagi hingga 6.00ptg.
(Hadapan JUSCO Melaka Central) 
CAWANGAN KEPALA BATAS PULAU PINANG
No. 33 Lorong Bertam Indah 4/9, Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Isnin-Sabtu 11.00pagi hingga 6.00ptg.
(Sebelah Maybank & Tabung Haji Bertam) 
Website: www.gcp.com.my

Pengedar dan rakan niaga kedai emas diperlukan! HOTLINE 1700817969 - Sinar Harian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.