Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 4 Jun 2013

Bergaduh Kerana Teman Wanita Curang

Teman wanita curang dengan kekasih barunya dibawa ke balai polis. Foto: Sinar Harian

Polis (tengah) menunjukkan pisau yang dirampas daripada salah seorang suspek. Foto: Sinar Harian

KULIM - Gara-gara main kayu tiga, sepasang kekasih warga asing nyaris dicederakan dengan pisau oleh suspek ketika sedang membeli belah di sebuah pasar raya, kira-kira jam 10 malam kelmarin. 
Saksi kejadian berkata, dia ternampak mangsa bersama kekasihnya melarikan diri setelah dikejar suspek, sebelum pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa yang cuba dileraikan pasangan perempuan. 
Melihatkan keadaan semakin tegang, orang ramai di tempat kejadian menghubungi polis untuk mengelak sebarang kejadian tidak diingini. 
Anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) dari Balai Polis Kulim yang sedang membuat rondaan pencegahan jenayah di sekitar kawasan pekan Kulim pergi ke tempat kejadian. 
Melihatkan perlakuan suspek yang agresif, polis kemudiannya meleraikan pergaduhan diantara suspek dan mangsa. 
Hasil pemeriksaan, polis menemui pisau berwarna hitam yang disimpan oleh suspek. Kesemua terlibat kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut. 
Suspek ketika ditemui berkata, dia tidak berpuas hati dengan sikap teman wanitanya yang curang. 
Katanya, sebelum ini dia telah membelanjakan banyak wang kepada kekasihnya itu bagaimanapun kecewa setelah kekasihnya itu bermain kayu tiga. 
“Kekasih saya sebelum ini tidak pernah menipu atau memberi sebarang alasan kepada saya sekiranya saya ingin membawanya keluar untuk bersiar-siar. 
"Bagaimanapun sejak kebelakangan ini dia sering memberi alasan sibuk atau bekerja terutama sekali sekiranya mahu membawanya keluar pada waktu siang. Saya terkejut apabila menemuinya di sini," katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.