Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 11 Jun 2013

Lelaki China Dakwa Temui Alien

Li mendakwa dia menemui makhluk asing di tebing Sungai Kuning dan menyimpannya dalam peti sejuk ini

Terdapat pihak di China percaya penemuan ini membuktikan kewujudan alien

Rangkaian sosial di China dibanjiri spekulasi tentang makhluk ini

Li mendakwa dia melihat UFO jatuh ke bumi sebelum dia menemui makhluk ini dalam perangkap arnab 

Menurut polis Binzhou berita ini adalah palsu dan benda ini dibuat daripada getah bermutu tinggi


Seorang lelaki China mendakwa, beliau telah menemui mayat 'alien' yang maut akibat kemalangan di wilayah Shangdong Binzhou. 
Lelaki yang hanya dikenali sebagai Li itu mendakwa dia melihat beberapa UFO bergerak di langit dalam bentuk formasi di Sungai Kuning pada waktu malam. 
Bagaimanapun salah sebuah UFO menjunam jatuh ke bumi dan tidak lama selepas itu dia menemui makhluk dari angkasa lepas dalam perangkap arnab, dakwa lelaki berkenaan. 
Li kemudian mengambil makhluk pelik itu dan menyimpannya dalam peti sejuk di rumahnya pada Mac lalu. 
Gambar Li berdiri di sebelah makhluk asing yang disiarkan dalam laman rangkaian sosial China telah mencetuskan pelbagai spekulasi di seluruh negara itu. 
Pihak polis dalam satu kenyataan berkata, makhluk yang ditemui oleh Li diperbuat daripada getah bermutu tinggi dan bukan berasal daripada makhluk hidup. 
Bagaimanapun ramai penulis blog China percaya berita makhluk asing UFO di Shandong adalah benar dan mengaitkannya dengan penempatan UFO di wilayah Hubei. - Mail Online

Kemaskini 13/6/2013

Foto
Li menunjukkan tempat dia menjumpai mayat makhluk asing. Foto: myMetro


SHANGDONG - Seorang lelaki China dicop penipu selepas mendakwa menyimpan satu mayat makhluk asing di dalam petik sejuknya. 
Li Kai mencetuskan kegamatan apabila memuat naik beberapa gambar yang didakwanya mayat makhluk asing itu. 
Bagaimanapun, penipuannya itu terbongkar selepas polis melancarkan siasatan berhubung cerita luar biasanya. 
Li, dari Binzhou di wilayah Shangdong menulis dengan panjang lebar di dalam Sino Weibo, laman seperti Facebook di China, mengenai penemuan luar biasanya. Dia menceritakan bagaimana dia menemui makhluk bintang Marikh selepas mengekori beberapa pesawat UFO sepanjang Sungai Kuning di China. 
Dia mendakwa melihat lima makhluk asing itu, termasuk seorang yang terhempas ke tanah selepas terkena perangkap arnab bervoltan tinggi yang dipasangnya. 
Li seterusnya berkata, dia mengambil mayat itu dan membawanya pulang serta menyimpannya dalam peti sejuk. 
Gambar itu menunjukkan wajah makhluk asing berkenaan dengan mata besar dan tangan yang kelihatan berurat serta sebungkus rokok merah pada tapak tangannya. 
Gambar lain pula menunjukkan kaki makhluk itu diikat. 
Bagaimanapun, kesangsian mengenai cerita Li itu timbul dan dia dipanggil oleh polis untuk disoal siasat. 
Dia bertegas mendakwa ceritanya itu benar dan berkata ujian DNA membuktikan ‘makhluk asing’ itu memang datang ke bumi. 
Li kemudian memberitahu pengikutnya bahawa polis menyekat berita itu dan mendesak supaya dia berdiam diri. 
Bagaimanapun temberangnya terbongkar apabila polis mengumumkan penemuan menakutkan itu sebenarnya ialah ‘makhluk asing’ getah yang dibuat sendiri. 
Polis Shandong semalam berkata, Li mengaku bahawa ceritanya itu palsu. 
Menurut pegawai, lelaki itu membelanjakan lebih 120 yuan (RM65) untuk membuat ‘makhluk asing’ itu dengan getah dan bahan lain yang dibeli dari sebuah pasar tempatan berdekatan. - The Sun/myMetro

Kemaskini 14/6/2013

BEIJING - Seorang lelaki China yang mendakwa mempunyai makhluk asing dalam peti sejuknya dipenjarakan kerana menipu. 
Li Kai berkata, dia menemui makhluk angkasa yang terkena kejutan elektrik dan menyimpannya dalam peti sejuk bagi mengawetnya. 
Dakwaan itu mencetuskan kegemparan di Internet apabila dia memuat naik foto makhluk asing itu di laman sosial. 
Tetapi, penipuannya itu menyebabkan dia dipenjarakan selepas polis menahannya kerana ‘mengggangu norma sosial.’ 
Li sebelum ini mendakwa ternampak lima makhluk asing termasuk satu yang terkena renjatan elektrik dan ditangkap menggunakan perangkap arnab selepas mengekori mereka di sepanjang Sungai Kuning. 
Li berkata, dia mengutip mayat makhluk asing itu dan membawanya pulang dan menyimpannya di peti sejuk bekunya. 
Tetapi, selepas disoal siasat polis, Li berkata, dia mendapat ilham untuk mereka cerita itu daripada filem Paul oleh Simon Pegg. 
“Saya menonton filem Paul. Saya sukakan makhluk asing bernama Paul dalam filem itu, jadi saya mereka cerita sendiri berdasarkan watak itu,” katanya. 
Li dipenjara selama lima hari kerana mereka pembohongan dan menimbulkan kekacauan, kata polis. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.