Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 3 Jun 2013

Pelajar Universiti Gagal Dapat Kerja Kerana Hodoh?

Ben Cronin, 20, mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh.

Inilah kerjaya yang hendak dimohon oleh Ben Cronin

Ben Cronin hendak bekerja sementara semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge untuk membiayai pengajiannya

CAMBRIDGE - Seorang pelajar mendakwa dirinya gagal mendapat pekerjaan semasa cuti panas kerana dianggap terlalu hodoh. 
Pelajar psikologi, Ben Cronin, 20 berhasrat untuk bekerja sementara semasa cuti musim panas di bot terkenal Cambridge tetapi kakitangan di sana memberitahunya rupa parasnya tidak cukup menarik untuk bekerja di sana. 
Cronin, yang baru saja tamat tahun pertamanya di Anlia Ruskin, University of Cambridge itu berharap, dia mampu membiayai pengajian tahun keduanya dengan bekerja sementara dalam cuti. 
“Saya cuba bertanya jika ada kerja kosong di bot pelancong itu, tetapi pekerja bot memandang saya dari atas ke bawah lalu ketawa. Mereka kemudian berkata, “kamu tidak layak bekerja di sini.”
“Saya berasa cukup terhina dan merasakan kata-katanya itu melampau dan memalukan diri saya. Apa kena mengena kerja itu dengan rupa paras saya?,” kata Cronin. 
Syarikat bot itu bagaimanapun menafikan kriteria yang diambil untuk bekerja mementingkan rupa paras. 
Pengurus Besar, Rod Ingersent berkata, pihaknya tidak menyokong kata-kata anak buah syarikatnya kepada Cronin kerana selama ini, mereka mengambil pekerja berdasarkan kriteria kerja dan merit individu. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.