Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 14 Jun 2013

Mata Gergaji Terbenam Ke Dalam Perut

Mata gergaji bulat elektrik tertanggal dan terbenam ke dalam perut Gregory Steinmedc
Dia dikejarkan ke hospital 30 batu dari kediamannya dengan mata pisau gergaji itu tersekat 10 sentimeter di dalam perutnya


RIO DE JANEIRO - Seorang peladang yang memotong kayu dengan gergaji bulat elektrik berikrar tidak akan menyentuh alat itu lagi selepas mata gergaji tersebut tergelincir dan terbenam ke dalam perutnya. 
Gregory Steinmedc, 56, bagaimanapun terselamat dalam kejadian yang mengerikan itu. 
Dia dikejarkan ke hospital 30 batu dari kediamannya dengan mata pisau gergaji itu tersekat 10 sentimeter di dalam perutnya. 
Peladang Brazil dari Campian Mission itu dibawa ke sebuah hospital di Santa Rosa dan memeranjatkan doktor kerana alat itu tidak terkena bahagian penting tubuhnya. 
Steinmedc memberitahu wartawan tempatan bahawa dia tidak akan menggunakan alat itu lagi. 
“Saya tidak akan gunakan alat itu lagi. Saya janji dan akan memegang janji itu. Alat itu memang bahaya.” 
Peladang terbabit menggunakan gergaji bulat itu untuk memotong kayu api di kediamannya. 
Dia segera meminta bantuan isterinya, Freda yang pernah belajar ilmu pertolongan cemas ketika sewaktu kursus memandu. 
Steinmedc berkata, hospital Santa Rose terletak dua jam dari kediaman mereka dan dia terpaksa menahan sakit kerana gergaji itu masih melekat di perutnya. 
Pembedahan mengeluarkan alat itu memakan masa lebih dua jam. Menurut pakar bedah, Maurice Romano luka dialami Steinmedc ialah sedalam 10cm, tetapi tidak mengenai sebarang organ utama. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.