|
Bayi seberat 6.35 kg yang diberi nama Jasleen ini mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di Jerman |
|
Doktor Perunding Matthias Knuepfer bersama seorang jururawat sedang memeriksa Jasleen |
|
Ibu Jasleen yang berusia 20 tahun dikesan menghidap diabetes semasa mengandung. Foto: Alliance |
|
Tapak kaki Jasleen. Foto: WPN |
LEIPZIG - Seorang ibu di Jerman selamat melahirkan bayi perempuan seberat 6.35 kilogram (kg) berukuran 57 sentimeter (cm) secara normal di sini pada 26 Julai lalu.
Bayi yang diberi nama Jasleen itu mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di negara ini.
Akhbar tempatan Die Weil melaporkan ibu bayi tersebut yang berusia 20 tahun sebelum ini dikesan menghidap diabetes semasa mengandung.
Walaupun bayi itu besar, ibunya melahirkan Jasleen di Hospital Universiti Leipzig di sini tanpa perlu menjalani pembedahan Caesarean.
"Beberapa doktor memberitahu bayi saya besar disebabkan masalah diabetes atau tekanan yang saya hadapi," kata wanita itu.
Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil. Jasleen masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Agensi/Kosmo Oline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.