Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 30 Ogos 2013

Parlimen Britain Tolak Usul Serang Syria

272 undi menyokong dan 285 menolak usul campur tangan Perdana Menteri Britain David Cameron di Parlimen Britain

Pemimpin Buruh Ed Miliband meminta PM Cameron tidak menggunakan mana-mana angkatan tentera UK tanpa kelulusan Parlimen

Ahli Parlimen Britain malam tadi secara mengejut mengundi menentang rayuan David Cameron untuk menyerang Syria

PM Cameron menyebut di Dewan Rakyat bahawa penggunaan senjata kimia adalah paling hina 

Penunjuk perasaan menentang tindakan ketenteraan di Syria berdiri di luar Parlimen

 Penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang tindakan ketenteraan di Syria di luar Parlimen di Westminster, di London

Seorang penunjuk perasaan berdemonstrasi menentang tindakan ketenteraan di Syria di luar Parlimen di London

Penunjuk perasaan anti-perang telah mengadakan beberapa demonstrasi di Westminster minggu ini


LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron gagal dalam undian terhadap usul yang dibentangkan di Parlimen bagi negara itu menyertai rakan sekutunya menyerang Syria yang didakwa menggunakan senjata kimia. 
Beliau gagal 13 undi dalam usul yang dikemukakan di Parlimen semalam, yang menyaksikan undian 285-272 bagi menolak penyertaan Britain dalam mengambil tindakan ketenteraan terhadap Syria. 
Undian Parlimen Britain itu melambangkan pandangan rakyat Britain yang tidak mahu negara itu menyertai misi ketenteraan terhadap Syria. 
Cameron berkata sementara beliau percaya bahawa terdapat penggunaan senjata kimia di Syria, beliau tetap menghormati keputusan Parlimen Britian. 
Pada awal minggu ini, Cameron dilihat bersedia untuk menyertai Washington dalam kemungkinan untuk mengambil tindakan ketenteraan terhadap rejim Presiden Basar Assad berhubung penggunaan senjata kimia. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.