Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 1 Ogos 2013

18 Pegawai Tentera Taiwan Kena Dakwa

Ketua pendakwa tentera Mejar Jeneral Tsao Chin-shen bercakap pada sidang akhbar di Taipei semalam. Foto: AFP

Hung dikatakan menjadi subjek hukuman ‘kejam dan dera’ (gambar hiasan). Foto: AFP

Kematian Hung mencetuskan kemarahan dan bantahan di seluruh Taiwan baru-baru ini. Foto: Focus Taiwan

Menteri Pertahanan baru, Andrew Yang bercadang menyertai perhimpunan bantahan pada 3 Ogos ini. Foto: Focus Taiwan


TAIPEI - Pendakwa raya Taiwan mendakwa 18 pegawai tentera semalam berhubung kematian seorang pelatih muda yang menjadi subjek hukuman ‘kejam dan dera’, dalam satu insiden yang mencetuskan kemarahan di seluruh negara. 
Koperal Hung Chung-chiu meninggal dunia akibat strok haba 4 Julai lalu, hanya tiga hari sebelum menamatkan perkhidmatan tentera wajib selama setahun. 
Keluarganya berkata, mangsa dipaksa melakukan senaman melampau sebagai hukuman kerana membawa telefon pintar ke dalam kem. 
Ketua Pendakwa Raya Tentera Tsao Chin-sheng, berkata Hung, 24, mengalami strok haba selepas diarahkan ‘melakukan senaman tidak tertanggung, kejam dan mendera’ yang mengakibatkan kematiannya selepas mengalami kegagalan fungsi pelbagai organ. 
“Saya memohon maaf jika kes itu mencetuskan kemarahan umum dan menggoyahkan keyakinan dalam tentera. Matlamat kami ialah mencari kebenaran, memberi orang awam satu jawaban dan berharap Chung-chiu dapat bersemadi dengan aman,” kata Tsao. 
Antara yang didakwa, Chen Yi-hsun, yang mengawasi hukuman Hung ketika berada di dalam kurungan, didakwa kerana mendera sehingga menjurus kepada kematian pelatih dengan mengarahkan senaman melampau ke atas mangsa. 
Mejar Jeneral Shen Wei-chih, bekas komander Briged Hung, timbalan komander Ho Chiang-chung dan empat lain didakwa ‘secara bersama melaksanakan hukuman tidak sah ke atas orang bawahan’ dan kesalahan ke atas kebebasan peribadi. 
Sepuluh lagi pegawai didakwa atas tuduhan membunuh secara sukarela kerana tidak menyedari bahawa kesihatan Hung semakin menurun dan tidak mengambil langkah perlu ketika tempohnya dalam kurungan bagi menghalang kematiannya. 
Seorang pegawai didakwa kerana memindahkan Hung ke dalam kurungan tanpa kebenaran. 
Pendakwa raya tidak menyatakan tempoh hukuman penjara yang diminta. 
Pakar perundangan berkata hukuman paling teruk adalah penderaan menjurus kepada kematian, yang dihukum dengan penjara seumur hidup. 
Keluarga Hung berkata mangsa sebelum itu memfailkan aduan mengenai penderaan lain yang dilakukan ke atasnya oleh pihak atasan. - AFP/ Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.