Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 22 Ogos 2013

Pendatang Filipino Tikam Isteri Curang

Mayat Suria Amuk, 45, terlentang di hadapan pintu selepas ditikam oleh suaminya kerana cemburu

Foto
Anggota polis mengangkat mayat Suria. Foto: myMetro


KOTA KINABALU – Seorang lelaki seolah-olah menyesal atas tindakan terburu-buru membunuh isterinya apabila hanya berdiam diri bersebelahan mayat wanita itu sebelum dia diberkas bersama sebilah pisau yang digunakan dalam kejadian itu semalam. 
Kejadian di sebuah rumah kongsi tapak pembinaan Ganang, Kepayan dekat sini pukul 9.45 pagi itu berlaku apabila suspek berusia lingkungan 40-an itu disyaki telah menikam berkali-kali tubuh Suria Amuk, 45, selepas dia gagal mengawal emosi ketika bertengkar dengan mangsa. 
Difahamkan, pertengkaran berlaku apabila suspek merasa cemburu selepas mendakwa mangsa yang bekerja sebagai buruh binaan menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya sejak beberapa bulan lalu selain kerap berjumpa ketika dia tiada di rumah. 
Pasangan warga Filipina tersebut masuk ke negara ini sejak beberapa tahun lalu dan bekerja dalam sektor pembinaan. - Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.