Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 6 Ogos 2013

Dinding Rumah Terpaksa Dipecah Kerana Obes

Michael Lehberger memanggil perkhidmatan kecemasan apabila dia mengalami simtom kegagalan jantung pada minggu lalu.

Ambulans dan jentera bomba berada di luar rumah Lehberger

Pasukan penyelamat sebelum itu telah membina perancah di luar rumah untuk membawa Lehberger turun

Pasukan penyelamat juga cuba menggunakan kren tetapi mendapati cara ini terlalu merbahaya

Akhirnya pasukan penyelamat memutuskan untuk membesarkan tingkap ini

Dinding di bawah tingkap lalu dipecahkan

Kini laluan lebih luas berjaya disiapkan untuk membawa Lehberger turun

Operasi menyelamat yang bermula pada tengah malam hanya selesai selepas enam jam

Anggota bomba dan paramedik membawa Lehberger turun dengan jentera CAT

Jiran Lehberger tidak melihat dia keluar dari rumahnya selama dua tahun

Lehberger sedang berehat di hospital


Seorang lelaki terpaksa diselamatkan menggunakan jentera penggali tanah selepas dia mengalami kegagalan jantung. 
Michael Lehberger memanggil perkhidmatan kecemasan apabila dia mulai merasai serangan penyakit tersebut. 
Tetapi dia menyedari bahawa dia tidak akan dapat keluar melalui pintu rumahnya di Riegelsberg, Jerman. 
Anggota bomba terpaksa memecahkan dinding rumahnya untuk membolehkan dia keluar, lapor The Sun. 
Dia kemudiannya dimuatkan ke dalam jentera penggali CAT untuk dibawa turun ke bawah. 
Pasukan penyelamat sebelum itu telah menghabiskan masa membina perancah di luar rumah, tetapi mendapati terlalu merbahaya untuk membawanya keluar. 
Lelaki 29 tahun itu telah dibawa ke hospital menggunakan ambulans yang direka untuk membawa empat orang. 
Seluruh misi menyelamat mengambil masa selama enam jam. 
Beliau telah dibawa ke hospital dengan katil yang direka khas. 
Ketua operasi Volker Klien berkata, "Saya tidak pernah mengalami keadaan seperti ini." 
Klien menambah, lelaki itu terlalu berat untuk dibawa menggunakan kereta. 
Jiran-jiran Lehberger berkata, mereka tidak melihat dia keluar dari rumahnya selama kira-kira dua tahun. - Daily Mail

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.