Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Mugabe 'Menang Besar' Lagi PRU Zimbabwe

Robert Mugabe membuang undi diperhatikan oleh isteri dan anak perempuannya

Perdana Menteri Morgan Tsvangirai membuang undi bersama isterinya

Para penyokong MDC semasa perhimpunan di Harare menjelang pilihan raya

Para penyokong parti pemerintah Zanu-PF dibawa dengan bas ke pusat pengundian

Seorang pegawai pilihan raya memegang kertas undi yang menunjukkan kesemua lima calon presiden

Ramai pengundi memakai pakaian tebal untuk melindungi diri mereka daripada cuaca sejuk

Para penyokong MDC sebelum ini yakin Morgan Tsvangirai akan memenangi pilihan raya kali ini

Turut membuang undi dalam pilihan raya ini ialah warga kulit putih Zimbabwe


HARARE - Parti ZANU-PF pimpinan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, mendakwa menang besar dalam pilihan raya umum negara itu. 
Bagaimanapun, Pergerakan bagi Perubahan Demokratik (MDC) pimpinan Perdana Menteri, Morgan Tsvangirai pula menuduh berlaku penipuan besar dalam pengundian kali ini. 
Perbezaan reaksi itu mencetuskan kebimbangan keganasan akan meletus lagi seperti yang mencemarkan keputusan undi 2008. 
Langkah menyiarkan keputusan tidak rasmi lebih awal adalah salah di sisi undang-undang Zimbabwe dan polis memberi amaran akan menahan sesiapa yang membuat dakwaan awal mengenai keputusannya. 
Pihak berkuasa pengundian akan mengumumkan keputusan undi hujung minggu ini. 
Bagaimanapun, sumber kanan Mugabe dalam parti itu yang meminta namanya tidak didedahkan, berkata: Kami menang kali ini. MDC kalah teruk. Kami tidak pernah sangsi akan menang, katanya. 
Polis pencegah rusuhan mula mengambil tempat di luar ibu pejabat parti ZANU-PF di tengah Harare dan lokasi penting lain di ibu negara, manakala pejabat MDC dilapor hampir lengang. 
Pemerhati bebas yang turut enggan dinamakan kerana bimbang ditahan, berkata keputusan itu satu bencana kepada Tsvangirai yang cuba menjatuhkan Mugabe, 89. 
Memberi reaksi kepada dakwaan ZANU-PF, sumber MDC pula menyifatkan penipuan besar-besaran berlaku. 
Penduduk Zimbabwe kena tipu oleh ZANU-PF dan Mugabe. Kami tidak akan menerimanya, kata sumber itu. MDC akan mengadakan mesyuarat tergempar tidak lama lagi. 
Beberapa sumber politik berkata, anggota kanan MDC lain juga kehilangan kerusi termasuk di ibu negara, kubu Tsvangirai sejak beliau mula mendapat perhatian, 15 tahun lalu. REUTERS/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.