Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 12 November 2012

Pencuri Kesiangan Di Sarawak

Pencuri tertidur diiringi dua orang polis ke lokap.

KUCHING - Seorang pencuri yang mengantuk dan akhirnya tertidur telah ditangkap selepas memecah masuk ke dalam pejabat di Matang semalam. 
Pemuda berusia 35 tahun yang berasal dari Petra Jaya itu dipercayai telah memanjat di belakang bangunan dan masuk melalui tingkap ke sebuah pejabat di tingkat pertama pusat komersial itu pada waktu malam. 
Selepas mencuri beberapa komputer riba dan beberapa barangan lain di dalam beg yang dibawanya bersama, tanpa diketahui apakah sebabnya pencuri itu kemudian pergi ke salah sebuah meja dan tertidur di situ sepanjang malam. 
Suspek ditemui sekitar jam 8.00 pagi oleh salah seorang pekerja yang tiba ke pejabat dan segera menghubungi polis apabila melihat pencuri itu masih tertidur di atas meja. Pegawai peronda polis tiba dalam masa beberapa minit kemudian dan menahan suspek. Suspek ditahan dilokap sementara menunggu siasatan lanjut.
_______________________________________________________________________

Kerja macam ni susah sebenarnya susah... memang susah... dan berisiko tinggi! 
Bayangkan... orang dah tutup pejabat... dia baru nak mula operasi... orang tengah tidur di rumah... dia sibuk panjat bangunan... kalau jatuh... tak kah mati... atau patah? naya kerja dia ni!
Lepas tu... orang lain masuk pejabat ikut pintu... dia masuk ikut tingkap... adakah patut... boleh dia tertidur pula kat pejabat tu!
Tapi pelik juga... apa fasal dia mengantuk sangat?... apa fasal dia kesiangan?... sehingga jam 8.00 pagi... dia masih tertidur di situ... dia tak sedar orang dah nak mula kerja!  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.