|
Suryani dakwa didera majikan. Foto: Kosmo! |
SUNGAI PETANI - Seorang gadis Indonesia tidak menduga kedatangannya ke sini untuk mencari rezeki halal sebagai pembantu rumah berakhir dengan dia mendakwa menjadi mangsa kekejaman majikan berketurunan Cina yang rakus menderanya sejak enam bulan lalu.
Tidak tahan apabila sering dipukul dan dimaki hamun, Suryani Abdullah, 21, dari Jakarta, Indonesia akhirnya mengambil keputusan melarikan diri dari rumah majikannya di taman Sejahtera di sini pada pukul 12 tengah hari kelmarin.
Menceritakan kejadian itu, Suryani mendakwa, sejak bekerja di rumah majikannya itu, dia terpaksa menanggung azab apabila dikerah bangun seawal pukul 5 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah sehingga lewat malam.
_______________________________________________________________________
Macam mana boleh jadi begini?
betulkah gadis ini cedera akibat didera majikannya?
kalau betul - mengapa dia didera?
dia didera supaya bangun awal
atau dia didera sebab selalu bangun lambat?
Bukan tak percaya
hanya ingin tahu bagaimana sebenarnya...
Tapi kita tak boleh cakap lebih-lebih
kita tunggu dulu kes ini disiasat polis...
_______________________________________________________________________
Berita lanjut:
|
SURYANI kini di bawah pengawasan polis selepas mendakwa menjadi mangsa dera majikannya di Sungai Petani sejak dua minggu lalu. Foto: Kosmo!
|
Polis telah menyiasat kes berkenaan dengan menangkap dua beranak yang berusia 61 dan 29 tahun di Taman Patani Indah, Sungai Petani.
Suspek merupakan majikan Suryani ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda atau sebat.
Siasatan awal polis mendapati mangsa telah dipukul dengan batang mop di badan dan muka. Mangsa telah bekerja dengan suspek sejak April lalu dan kerap dipukul sejak dua minggu kebelakangan ini.
Menurut kenyataan pihak polis, Suryani mengalami kecederaan dan lebam pada muka dan mata kiri selain sakit dada serta punggung
_______________________________________________________________________
Baru jelas cerita sebenarnya
semoga orang yang melakukan perbuatan keji ini akan mendapat hukuman setimpal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.