Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Bakat Berniaga Yang Disalahgunakan

Pemuda berusia 19 tahun menyalahgunakan bakat berniaga yang ada padanya dengan menjual air ketum. Foto: Sinar Harian

Anggota polis melihat bungkusan air ketum yang berjaya dirampas daripada pemuda itu. Foto: Sinar Harian

Pokok Ketum juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom). Sumber

Daun Ketum pada masa dahulu menjadi bahan perubatan tradisional bagi wanita yang baru lepas bersalin. Sumber

BALING - Terfikir perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang, seorang pemuda menangis teresak setelah ditahan polis kerana memproses dan menjual air ketum di sebuah rumah di Kampung Tok Kaya, Pulai kira-kira jam 12.45 pagi, semalam. 
Pemuda yang baru berusia 19 tahun itu dikatakan penjual utama air ketum kepada penduduk sekitar kawasan Pulai. 
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hassan berkata, polis pernah membuat beberapa kali serbuan di rumah terbabit sebelum ini, tetapi suspek berjaya melarikan diri. 
Menurutnya, seramai enam anggota yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Helmi Abdul Hamid melakukan serbuan ketika suspek ingin keluar dari rumah terbabit. 
“Hasil serbuan, polis berjaya menemui 88 bungkus air ketum bersama daun yang belum diproses dalam rumah terbabit. Manakala, 23 botol ubat batuk ditemui dalam beg pemuda terbabit,” katanya kepada Sinar Harian. 
Menurutnya, pemuda terbabit menangis teresak-esak ketika disoal siasat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis setelah terkenang mengenai perayaan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 
“Kita percaya, masih ada lagi rakan mangsa yang menjadi ‘runner’ dalam penjualan air ketum ini. Polis akan memastikan kesemua yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya. 
Menurutnya, polis akan terus mengambil tindakan kepada mereka yang masih berdegil melakukan kegiatan penjualan air ketum. 
Katanya, penahanan pemuda terbabit dapat melumpuhkan kegiatan menjual air ketum di sekitar Pulai dan berhampiran kawasan itu. 
Pemuda tersebut bakal menyambut Aidilfitri di dalam penjara sekiranya mahkamah memutuskan hukuman penjara kepadanya. 
Kes akan disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.