Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 28 Ogos 2013

Dua Lelaki Kenya Setuju Kongsi Isteri

Sylvester Mwendwa dan Elijah Kimani bersetuju untuk perjanjian perkongsian-isteri

Kedua-dua lelaki bersetuju dengan perjanjian ini selepas menjalin hubungan sulit selama empat tahun dengan wanita yang sama

Anak kembar yang dilahirkan oleh janda yang 'dicintai bersama' oleh Sylvester Mwendwa dan Elijah Kimani

Sylvester Mwendwa (kiri) dan Elijah Kimani (kanan). Janda yang menjadi perebutan di antara mereka (tengah)


NAIROBI - Dua pesaing cinta di Kenya telah bersetuju untuk berkahwin dengan seorang wanita yang sama selepas kedua-dua lelaki itu mendakwa mereka tidak boleh hidup tanpa wanita itu. 
Menurut akhbar tempatan, Sylvester Mwendwa dan Elijah Kimani bersetuju untuk perjanjian perkongsian isteri, yang termasuk satu klausa yang mengatakan bahawa mereka tidak akan bergaduh kerana wanita itu. 
The Daily Nation menyebut kedua-dua lelaki itu bersetuju dengan perjanjian tersebut selepas menyedari kedua-dua mereka mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita yang sama, selama empat tahun. 
Pegawai polis Adhalah Abdulrahman berkata beliau mendapat tahu kedua-dua lelaki itu sedang bergaduh. 
"Saya terkejut melihat dua orang lelaki bergaduh kerana seorang wanita yang dikatakan janda dan ibu kepada anak kembar. Saya cuba menyelesaikan perkara itu tetapi mereka enggan, mereka mengatakan tidak boleh hidup tanpa wanita itu," jelas beliau. 
"Saya bercakap kepada kedua-dua mereka dan mereka mendakwa mereka sama-sama sukakannya dan tidak boleh hidup tanpa wanita itu. Saya minta wanita itu untuk memilih tetapi dia menolak dengan berkata "Saya tidak boleh kehilangan salah seorang daripada mereka, saya suka kedua-dua mereka", katanya. 
Perjanjian itu memberikan kedua-dua lelaki itu giliran untuk tinggal di rumah wanita itu, dan berkata kedua-dua mereka akan menyara anak-anak yang dilahirkan oleh wanita itu. 
Poligami adalah dibolehkan di Kenya, namun peguam berkata perkahwinan mereka hanya sah jika mereka dapat membuktikan poliandri (wanita bersuami dua) adalah sebahagian daripada adat mereka, lapor In2EastAfrica. 
Walau bagaimanapun tidak semua pihak senang terhadap perjanjian tersebut, kerana beberapa penduduk setempat menyifatkan tindakan itu sebagai "tidak senonoh, bertentangan dengan tradisi, dan bertentangan dengan ajaran al-Quran. 
"Kenapa di dunia ini seorang wanita mesti dikongsi oleh dua lelaki? Mereka perlu dibawa ke mahkamah dan dihukum," kata Tumaini Juma, kata seorang penduduk Kisauni kepada Daily Nation.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.