Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 7 Ogos 2013

Jurujual Yang Bagus

Seorang jurujual mempamerkan sekotak coklat Chocolatier Antwerpen di sebuah pusat membeli-belah di Tokyo. Foto: mStar

Seorang jurujual menunjukkan sebuah basikal elektrik pada seorang wanita di kedainya di Paris. Foto: Kosmo

Orang Melayu amat fobia dalam aktiviti menjual (gambar hiasan). Foto: mStar


Bagaimana majikan memilih untuk merekrut seorang jurujual? 
Kebiasaannya, kita dikategorikan dalam 3 jenis perangai atau sikap: 
Peramah tegar 
Sederhana 
Pendiam
Kebiasaannya para majikan lebih cenderung untuk membuat anggapan bahawa seorang jurujual yang hebat semestinya seorang yang berada di dalam kategori pertama. 
Mereka yang over-peramah dianggap sebagai superstar dalam bidang jualan. Orang yang over peramah biasanya senang memulakan perbualan. 
Mereka tebal muka dan mudah bercakap dengan sesiapa saja tak kira seseorang itu bengis atau manja mukanya. 
Bilik yang berhawa dingin akan panas dengan adanya seorang yang kaki bercakap dan peramah. 
Bagi seorang yang pendiam pula, mereka tetap akan diam samada ketika seorang diri ataupun ketika bersama dengan ramai orang. 
Malah lebih teruk lagi, seorang yang pendiam lebih suka mengelakkan berada bersama dengan orang ramai kerana takut mulut terbuka lalu tersembul keluar mutiara yang sedang dikulumnya. 
Secara logiknya, memberikan sesuatu produk kepada seorang yang pendiam untuk melakukan jualan akan berakhir dengan produk tersebut terpaksa bercakap dengan sendiri memperkenalkan dirinya. 
Itupun jika produk boleh bercakap, jika tidak alamat ia tidak akan terjual dalam masa yang lama. 
Oleh itu, para majikan akan berebut memilih orang yang peramah untuk diletakkan sebagai jurujual produk atau perkhidmatan mereka. 
Betulkah begitu? 
Segalanya terbongkar apabila kajian dilakukan terhadap 3 jenis jurujual yang saya sebutkan di atas tadi. Orang yang peramah didapati tidak menunjukkan prestasi yang paling hebat dalam aktiviti jualan. 
Orang yang pendiam didapati tidak pula gagal melaksanakan tugasan mereka sebagai jurujual. Malah prestasi mereka hanya kurang sedikit saja berbanding si peramah. 
Apa yang mengejutkan adalah jurujual yang paling hebat jatuh kepada mereka yang sederhana. Mereka tidak terlalu peramah dan tidak juga seorang yang pendiam. 
Mereka yang bersikap pertengahan berjaya menunjukkan prestasi yang jauh lebih menonjol berbanding yang peramah dan juga yang pendiam!. 
Apa maksudnya? 
Untuk pengetahuan anda, perangai pertengahan antara peramah dan pendiam merupakan perangai majoriti manusia. 
Manakala golongan peramah tegar dan pendiam merupakan golongan minoriti. Kalau dalam graf loceng, mereka berada di penjuru kiri dan kanan graf tersebut. Golongan sederhana berada di tengah-tengah graf. 
Ertinya, anda atau saya berkemungkinan besar merupakan golongan yang sederhana yang tidak terlalu peramah dan tidak pula terlalu pendiam. 
Apa yang saya nak berii tahu di sini adalah, anda dan saya sebenarnya punyai pakat besar untuk menjadi jurujual yang hebat dan berjaya!!!. 
Buang kepercayaan karut bahawa anda tidak ada bakat menjadi jurujual. 
Orang Melayu terutamanya amat fobia dalam aktiviti menjual. Kerjaya sebagai jurujual menjadi kerjaya yang paling akhir sebagai pilihan. 
Kita sangkakan bahawa kita tiada bakat sebagai seorang jurujual sedangkan iatu merupakan satu kepercayaan karut. 
Bagaimana ini boleh berlaku? 
Orang yang terlalu lebih bercakap biasanya tak memberikan peluang kepada orang lain untuk bercakap. Apabila orang itu merupakan prospek pelanggan anda, anda sebenarnya sedang membunuh potensi menjual. 
Orang yang tak bercakap pulak kelihatan macam seorang yang sombong. Nak jual barang macam tak nak jual. Jadi bakal pelanggan akan cabut lari begitu saja. 
Orang pertengahan pula akan bercakap bila perlu dan diam jika perlu. Proses ini membolehkan adaptasi dan pemahaman terhadap kehendak pelanggan dikenal pasti. 
Tidak hairanlah mereka sering menjadi jurujual yang hebat. 
Oklah! selepas ini, jika anda rasa tak layak jadi jurujual, fikirkan semula....! - Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.