Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 6 Ogos 2013

Tiket Bas Ekspres Tak Laku Menjelang Raya?

Penjual tiket bas di Terminal Pekeliling, di Titiwangsa kurang mesra pelanggan. Foto: Express Bus Malaysia

Di antara risiko jika naik bas ekspres. Foto: mStar Online

Lagi risiko kalau naik bas ekspres. Foto: mStar

Atau ini. Foto: Kosmo

Petugas di kaunter tiket kereta api di KL Sentral lebih bagus berbanding di kaunter Terminal Bas Pekeling. Foto: Khabarkini

Setakat ini, naik kereta api lebih selamat berbanding naik bas ekspres di negara ini. Foto: Khabarkini


KUALA LUMPUR - Pengusaha bas ekspres di ibu kota mengeluh berikutan sambutan kurang menggalakkan terhadap pembelian tiket bas berbanding tiket kereta api yang lebih mendapat tumpuan pada saat-saat akhir Ramadan. 
Pengusaha bas ekspres Shuhairi Zainol, 38, berkata, berbanding tahun lalu, syarikatnya mampu menghabiskan jualan tiket pada minggu kedua Ramadan, namun tidak lagi pada kali ini. 
“Pada hari ini (semalam) hanya 12 keping tiket dijual dan keadaan ini amat merisaukan. Kami terpaksa bersaing perkhidmatan kereta api. 
“Orang ramai hanya memenuhi hentian ini pada hujung minggu untuk mencari tiket atau pulang ke kampung halaman masing-masing berbanding tahun lalu yang sentiasa dipenuhi pelanggan tidak mengira masa,” katanya. 
Menurut Shuhairi, lebih malang apabila terdapat pengusaha yang turut didakwa sebagai ‘ulat tiket’ oleh pihak berkuasa kerana berebut mencari pelanggan. 
Katanya, tindakan pihak berkuasa yang menahan pengusaha tanpa usul periksa menimbulkan tanggapan buruk terhadap penumpang bas menyebabkan mereka beralih arah kepada pengangkutan awam lain. 
“Harga ditawarkan tetap sama, tapi ramai penumpang pilih kereta api. Pihak berwajib sepatutnya lebih adil ketika mempromosikan pengangkutan awam,” katanya. 
Sementara itu, Pengurus Kanan Pemasaran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Mohd Noordin Kimi berkata, pihaknya menambah dua gerabak bagi setiap tren untuk perjalanan ke utara dan pantai timur tanah air bagi menampung permintaan yang semakin meningkat. 
Katanya, penambahan gerabak itu bermula hari ini sehingga Rabu mengikut jadual perjalanan sedia ada. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.