Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 2 Ogos 2013

Suami Isteri Dituduh Kemuka Baucer Palsu

Mohamed Ismail Habib Mohamed, 50, dituduh melakukan keselahan semasa bertugas sebagai pengurus besar. Foto: Sinar Harian

Maznah Sulaiman, 47 dituduh bersubahat dengan suaminya. Foto: Sinar Harian

Mahkamah Sesyen/Majistret Ipoh. Foto: Panoramio

IPOH – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengemukakan baucar palsu bernilai RM5,320 untuk tiga perkhidmatan berlainan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Ipoh, semalam. 
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Tinggi, Trong, dekat Taiping, tiga tahun lalu. 
Mohamed Ismail Habib Mohamed, 50, yang bertugas sebagai pengurus besar didakwa mengesahkan perkhidmatan membersihkan dan mendalamkan parit di Projek Sungai Wang 3 seluas dua hektar serta Projek Sungai Wang seluas 10 hektar bernilai RM1,500. 
Dia dipercayai membuat pernyataan palsu dengan niat memperdayakan prinsipalnya, iaitu Lembaga Pertubuhan Peladang, sedangkan tiada perkhidmatan sedemikian dibuat apda 26 Julai 2010. 
Mohamed Ismail turut mengesahkan pembekalan baju korporat dengan mengeluarkan pernyataan palsu bernilai RM1,360 pada 27 Julai 2010. 
Hakim Madihah Harullah memutuskan tertuduh perlu menjalani pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta setelah peguam bela, Arjan Singh mengemukakan dokumen sakit mental milik anak guamnya. 
Di mahkamah sesyen berlainan, Mohamed Ismail dituduh mengesahkan perkhidmatan bayaran baik pulih pusat penimbang bernilai RM2,460 pada 26 Mei 2010 bagi pertuduhan ketiga. 
Isterinya, Maznah Sulaiman, 47 dituduh bersubahat dengan suaminya memperdayakan Lembaga Pertubuhan Peladang mengesahkan perkhidmatan baik pulih pusat penimbang yang disempurnakan syarikatnya berjumlah RM2,460. 
Semua pertuduhan didakwa dilakukan di Pejabat PPK Sungai Tinggi dan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, A Hafiizh Abu Bakar. 
Mohamed Ismail didakwa mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 manakala Maznah pula dituduh mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta sama dan kesemuanya boleh dihukum menurut Seksyen 24(2) Akta sama. 
Hakim Rushan Lutfi Mohamed memerintahkan tertuduh menjalani rawatan dan pemerhatian selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta. 
Maznah dibenarkan ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula ditetapkan pada 29 Ogos nanti. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.