Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 21 Ogos 2013

Berhati-hati Sebelum Minum Kopi Di Venice

Tujuh pelancong dari Rome terkejut selepas perlu membayar 100 euro (RM441) untuk tiga gelas kopi

Kumpulan pelancong itu terkejut dengan harga kopi berkenaan selepas menerima bil 

Pemilik Caffe Lavena di Dataran St Mark’s mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 6 euro (RM26.45) setiap seorang

ROME - Pelawat ke Venice perlu berhati-hati kerana harga kopi di situ memang mahal. Semua pihak sedar penginapan di bandar itu mahal tetapi tujuh pelawat dari Rome terkejut selepas perlu membayar 100 euro (RM441) untuk tiga gelas kopi dan empat gelas minuman keras di sebuah kafe. 
Apa yang tidak mereka sedari ialah pemilik Caffe Lavena di Dataran St Mark’s itu mengenakan bayaran perkhidmatan sebanyak 6 euro (RM26.45) setiap seorang. - REUTERS/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.