Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 18 Julai 2013

Kereta Api Tergelincir Di Thailand

Pihak berkuasa kereta api berkata penumpang cedera dibawa dengan pengangkutan percuma ke destinasi mereka

Seorang cedera parah dan 23 cedera ringan apabila kereta api tergelincir  berhampiran Den Chai

Dua puluh tiga pelancong asing cedera apabila tujuh gerabak terbalik dalam perjalanan ke Chiang Mai

Warga Australia, Amerika Syarikat dan Eropah adalah antara mereka yang cedera dalam kemalangan ini

Pihak berkuasa kereta api berkata kemalangan itu disebabkan oleh trek lama di laluan dari Bangkok

300 penumpang sedang tidur semasa kereta api tergelincir - kali kedua di laluan yang dalam sebulan


BANGKOK - Seramai 30 penumpang, kebanyakannya pelancong asing cedera selepas sebuah kereta api yang mereka naiki tergelincir di landasan lama di kawasan pergunungan utara Thailand pagi semalam. 
Ia merupakan insiden kedua di laluan popular tersebut dalam tempoh sebulan. 
Gabenor Kereta Api Thailand, Prapas Jongsanguan berkata, kereta api malam dari sini ke Chiang Mai itu tergelincir dari landasan menyebabkan tujuh daripada 10 gerabak terbalik. 
Kemalangan berlaku di daerah Denchai, dalam wilayah Phrae. 
Pihak berkuasa kereta api percaya bahawa punca kecelakaan disebabkan oleh landasan lama yang dijadualkan untuk dibaikpulih. 
"Daripada siasatan awal, kereta api bergerak di bawah hadnya tetapi landasan di situ telah lama dan berada dalam keadaan usang. Gerabak terakhir tergelincir dan memberi kesan kepada gerabak lain," kata Prapas kepada agensi berita AP. 
Menurut Prapas, seorang penumpang cedera parah, manakala sejumlah yang lain cedera ringan. 
Laluan Bangkok-Chiang Mai merupakan pilihan popular dalam kalangan pelancong asing. 
Insiden kereta api dari Chiang Mai menuju Bangkok pada awal bulan ini tidak melibatkan sebarang kecederaan. 
Perkhidmatan kereta api menuju ke utara dijangka disambung semula selepas kerja-kerja pembersihan landasan selesai. - AP/Kosmo Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.