|
Bandar Haifa terletak di utara Israel. Foto: Skyscrapercity |
|
Pusat Perubatan Rambam di Haifa. Foto: Haaretz |
|
Suasana di Pusat Perubatan Rambam di Haifa. Foto: Haaretz |
|
Ular hitam atau ular tedung padang pasir yang amat ditakuti di Israel. Foto: Treknature |
Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas zakarnya dipatuk ular ketika beliau berada dalam tandas, kata pegawai-pegawai hospital di Israel.
Lelaki itu, 35, di utara Israel telah digigit pada hari Jumaat selepas ular itu tiba-tiba muncul dari dalam tandas.
Lelaki itu mengalami kecederaan kecil akibat gigitan ular berkenaan.
Pekerja penyelamat berkejar ke tempat kejadian dan membawa lelaki itu ke Pusat Perubatan Rambam di Haifa, di mana beliau menerima rawatan perubatan, lapor Your Jewish News.
Pemeriksaan bagaimanapun mendapati ular berkenaan tidak beracun.
Lelaki itu memberitahu pekerja kecemasan kejadian itu berlaku selepas dia pergi ke tandas untuk menunaikan hajat dan tiba-tiba dia merasakan 'sensasi yang membakar' pada zakarnya.
Salah seorang paramedik berkata lelaki itu memberitahunya yang dia melihat ular itu sangat kecil.
"Ini adalah kali pertama saya telah melihat gigitan ular seperti ini," kata paramedik berkenaan.
"Nasib baik, semua ujian bagus dan lelaki itu sihat," tambah paramedik itu.
Lelaki tersebut bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa walaupun terdapat banyak spesies ular berbahaya yang biasa ditemui di Israel.
Pada masa ini ialah 'musim ular' di Timur Tengah dan antara yang paling berbahaya adalah ular hitam atau ular tedung padang pasir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.