Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 17 Julai 2013

Protes Anti Penggulingan Morsi Masih Berterusan

Penyokong Presiden Morsi yang digulingkan mengadakan perhimpunan besar-besaran menuntut jawatan beliau dikembalikan

Penyokong Morsi membaling batu ke arah polis

Penyokong Morsi memegang poster pemimpin mereka di sebuah taman berhampiran Universiti Kaherah

Penyokong Morsi berkumpul di lokasi berhampiran Masjid Rabaa Adawiya di Kaherah

Polis melepaskan gas pemedih mata pada penunjuk perasaan pro-Morsi

Seorang anggota polis rusuhan Mesir menembak gas pemedih mata ke arah penyokong pro-Morsi di pusat bandar Kaherah


KAHERAH - Pertempuran di antara ratusan penyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi dan pasukan keselamatan di ibu kota Mesir di sini menyebabkan tujuh orang terbunuh, menurut sumber perkhidmatan kecemasan semalam. 
Ketua perkhidmatan kecemasan, Mohammed Sultan berkata, sekurang-kurangnya 261 orang cedera dalam kekacauan sepanjang malam itu. 
"Dua orang mati di sebuah jambatan di pusat bandar ini manakala lima lagi terbunuh di daerah Giza di sini," kata Sultan. 
Menurutnya, sebanyak 19 orang cedera dalam pertempuran dekat Dataran Tahrir dan di atas beberapa buah jambatan utama yang menyeberangi Sungai Nil. 
Penyokong Morsi mengadakan protes setiap hari sejak beliau digulingkan oleh tentera pada 3 Julai lalu. 
Dalam pada itu, Israel memberi 'lampu hijau' kepada Mesir untuk menghantar dua batalion tenteranya ke Semenanjung Sinai bagi menangani kumpulan militan di kawasan berkenaan semalam. 
Rantau tersebut sebelum ini tertakluk kepada perjanjian damai antara Israel dan Mesir pada 1979. 
Menteri Pertahanan Israel, Moshe Yaalon meluluskan permintaan Mesir untuk menghantar satu batalion tentera ke El-Arish, utara Sinai dan batalion kedua ke Sharm al-Sheikh di selatan seme- nanjung tersebut. 
Sejak dua minggu lalu, militan-militan telah melancarkan serangan hampir setiap hari ke atas pasukan tentera dan polis di Sinai. 
Beberapa anggota pasukan keselamatan dan dua penduduk Kristian terbunuh dalam serangan itu. - Agensi/Kosmo Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.