Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 10 Julai 2013

Toronto Dilanda Banjir Kilat

Kira-kira 1,000 penumpang tren komuter GO terkandas di landasan semasa Toronto dilanda banir kilat

Petugas kecemasan membawa bot penyelamat ke pintu tren komuter untuk memindahkan penumpang

Penumpang ini terpaksa berdiri dalam air apabila air banjir memasuki koc

Polis membantu mengeluarkan penumpang seorang demi seorang

Kereta yang tidak sempat diselamatkan kerana banjir kilat

Tren yang terkandas di kawasan banjir kilat

Penumpang terkandas di dalam tren sehingga hari malam

Lagi para penumpang yang diselamatkan dari tren

Air banjir memasuki tren hingga ke paras lutut

Keadaan lebih memeritkan para penumpang apabila bekelan elektrik terputus

Para penumpang terpaksa naik ke dek atas apabila paras air semakin meningkat di bawah

Tren terkandas di lautan banjir kilat


TORONTO - Ribut petir menyebabkan Toronto dilanda banjir kilat hingga memutuskan bekalan elektrik kepada sekurang-kurangnya 300,000 penduduk di bandar raya terbesar Kanada itu. 
Ia juga menjejaskan perkhidmatan kereta api bawah tanah dan mengakibatkan 1,400 penumpang terkandas selama beberapa jam berikutan stesen komuter dipenuhi air. 
Pihak berkuasa alam sekitar Kanada berkata, sebahagian kawasan bandar raya itu dibasahi hujan lebih 10 sentimeter berikutan ribut petir semalam, melebihi hujan sehari yang pernah dicatatkan sebelum ini sebanyak 3.6 sentimeter pada 2008. 
Pasukan Bomba dan polis Toronto menggunakan bot getah untuk menyelamatkan penumpang 10 gerabak keretapi dua tingkat yang ditenggelami air sehingga mencecah bahagian bawah tingkap. 
Air yang masuk ke dalam menyebabkan penumpang di tingkat bawah gerabak berpindah ke bahagian gerabak atas.
Seorang jurucakap Metrolinx berkata, kuasa elektrik ditutup manakala tingkap dibuka untuk memudahkan pengudaraan. Kereta api terbabit membawa 1,400 penumpang ketika waktu kemuncak petang semalam. 
“Air naik di kedua-dua belah bahagian kereta api. Kami terperangkap,” kata seorang penumpang, Jonah Cait di Twitter. 
Seorang penumpang lain memberitahu rangkaian televisyen CP24 bahawa dia dapat melihat orang ramai bergayut pada pokok selepas kereta mereka terkandas di kawasan lebuh raya yang banjir berdekatan landasan. 
Anggota polis dan bomba membawa semua penumpang ke tempat tinggi. Ia mengambil masa sehingga 12.30 malam untuk menyelesaikan operasi menyelamat, selama kira-kira tujuh jam. 
Penumpang turut dipindahkan ke stesen kereta api bawah tanah berhampiran untuk meneruskan perjalanan pulang ke rumah. 
Pegawai bantuan kecemasan berkata, lima atau enam orang dirawat di tempat kejadian berikutan kecederaan ringan tetapi tidak memerlukan mereka menerima rawatan lanjut di hospital. 
Semua perkhidmatan kereta api bawah tanah Toronto ditangguhkan sementara berikutan masalah bekalan kuasa dan isyarat. 
Beberapa stesen lain turut dinaiki air. Tidak dapat dipastikan jika sistem perkhidmatan terbabit dapat menyambung operasi penuh pada awal pagi. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.