Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 17 Julai 2013

Wanita Britain Yang Berhijab

Dennis Queen, 40, dari Manchester, kini memakai tudung dan berjubah setiap kali dia berada di luar

Kulit Dennis Queen akan ruam apabila terkena cahaya matahari

Dennis Queen menunjukkan cara-cara memakai tudung kepala

Kini Dennis Queen bebas berada di luar selepas berhijab

Gambar Dennis Queen sebelum terkena alahan kepada cahaya matahari


Wanita ini alah kepada cahaya matahari sehingga dia terpaksa memakai pakaian labuh dan bertudung setiap kali dia berada di luar. 
Dennis Queen, 40, dari Manchester, kini memakai pakaian tersebut setiap kali dia berada di luar, untuk melindungi dirinya daripada tindak balas alahan yang teruk. 
Ibu kepada empat anak ini mengalami keadaan yang dikenali sebagai letusan cahaya polimorfik (polymorphic light eruption - PMLE) yang menyebabkan kulit beliau menjadi ruam merah dan gatal selepas hanya beberapa minit terdedah kepada cahaya matahari. 
Walau bagaimanapun, Queen telah menemui pakaian labuh dipanggil 'Abaya' dan tudung sebagai jawapan kepada masalah itu dan kini beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa. 
Dia berkata, "Apabila saya mula-mula mendapat PMLE saya cuba menggunakan krim matahari dan memakai topi matahari tetapi nampaknya tidak berkesan.
Tudung dan Abaya adalah satu-satunya yang mampu memberikan perlindungan sebenar dari cahaya matahari dan saya benar-benar benar-benar menikmati memakai nya sekarang."
Cabaran terbesar bagi Queen selain perubahan almari pakaian beliau adalah reaksi orang lain terhadap pilihan pakaian yang luar biasa itu. 
Dia berkata, "Orang segera menganggap saya Islam. Saya tidak kisah tetapi saya dapati komen-komen yang bersifat perkauman hanya menjijikkan." - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.