Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 20 Mac 2014

Harga Seekor Anak Anjing Tibetan Mastiff RM6 Juta?

Seekor anak anjing baka Tibetan Mastiff dilaporkan dijual pada harga RM6 juta semalam

Dengan bulu yang banyak sekitar kepala menjadikan anjing ini kelihatan seperti singa


ZHENJIANG - Seekor anak anjing baka Tibetan Mastiff dilaporkan dijual pada harga RM6 juta semalam, menjadikannya anjing peliharaan paling mahal pernah dijual. 
Seorang pemaju hartanah membayar 12 juta yuan (RM6 juta) untuk membeli seekor anak anjing berusia setahun itu di pameran ‘Haiwan Peliharaan Mewah’ di wilayah Zhenjiang, lapor akhbar Qianjiang Evening. 
“Haiwan itu mempunyai genetik singa dan ia baka Mastiff paling baik,” kata pembiak baka berkenaan, Zhang Gengyun. 
Dia juga memberitahu seekor lagi anjing dari baka sama dijual pada harga RM3.1 juta. 
Dengan bulu yang banyak sekitar kepala menjadikannya kelihatan seperti singa dan haiwan itu menjadi simbol kemewahan di China.

Haiwan dengan bulu keemasan ini mempunyai ketinggian 80 sentimeter dan berat 90 kilogram. 
“Baka Tibetan Mastiff sangat jarang ditemui, sama seperti haiwan kebanggaan negara ini, panda, menyebabkan harganya tinggi,” katanya. 
Rekod jualan anjing dari baka berkenaan sebelum ini ialah RM5.2 juta. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.