Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 21 April 2014

Budak Tumpang Pesawat Di Bahagian Roda

Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii selamat

Budak lelaki berkenaan memanjat pagar Lapangan Terbang San Jose untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines

Budak itu kemudiannya menyorok di bahagian roda pesawat

Lapangan Terbang San Jose, California, tempat budak lelaki itu memanjat pagar

Pasukan paramedik membawa remaja berkenaan ke hospital sebelum diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak



HONOLULU - Seorang budak lelaki berusia 16 tahun yang menyorok di bahagian roda pesawat dari California ke Hawaii, selamat biarpun melalui separuh perjalanan merentasi Lautan Pasifik dalam suhu rendah pada ketinggian 11,500 meter dan kekurangan oksigen, menurut FBI.  
Jurucakap FBI di Honolulu, Tom Simon berkata budak lelaki itu disoal siasat selepas ditemui di kawasan landasan lapangan terbang Maui tanpa pengenalan diri.  
Simon berkata, rakaman kamera keselamatan di lapangan terbang di San Jose mengesahkan budak lelaki berkenaan memanjat pagar untuk memasuki pesawat Hawaiian Airlines, Flight 45 pada pagi semalam.  
Katanya, budak lelaki berkenaan melarikan diri daripada keluarganya.  
"Budak itu tidak akan didakwa dan akan diserahkan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak," katanya. - AP/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.