Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 24 Mac 2014

Pemandu Kereta Sapu Sembunyi Bawah Kereta

Seorang pemandu teksi haram cuba melarikan diri dari polis dengan bersembunyi di bawah keretanya dan enggan keluar

Jiang Tseng, 42, enggan menyerah diri selepas ditahan, sebaliknya bersembunyi di bawah teksinya

Polis bantuan yang dipanggil berjaya menariknya keluar secara paksa.

Jiang ditahan oleh polis yang menerima maklumat bahawa dia membawa penumpang tanpa permit


CHENGDU - Seorang pemandu teksi haram cuba melarikan diri dari polis dengan bersembunyi di bawah keretanya dan enggan keluar. 
Jiang Tseng, 42, ditahan oleh polis yang menerima maklumat bahawa dia membawa penumpang tanpa permit. 
Jiang enggan menyerah diri selepas ditahan, sebaliknya bersembunyi di bawah teksinya. 
Kejadian di Chengdu, Sichuan, di barat daya China itu menyebabkan kesesakan teruk di bandar berkenaan. 
Ketika ditahan, terdapat tiga penumpang dewasa dan seorang kanak-kanak di dalam teksinya. 
Dia diminta menunjukkan lesen memandu dan permit teksinya. 
Jiang menyerahkan kunci teksi itu tetapi dengan pantas menghilangkan diri apabila lesennya diperiksa. 
Jurucakap polis Shaiming Jen berkata, pihaknya tidak mengambil masa lama untuk mencarinya.  
“Anggota kami tidak melihat dia melarikan diri. Kerana itu mereka percaya dia ada berhampiran. Dia bersembunyi di bawah teksinya. 
“Dia enggan keluar walaupun dipujuk,” katanya. 
Kejadian berlaku hampir sejam sebelum polis bantuan yang dipanggil berjaya menariknya keluar secara paksa. - AFP/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.