Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 4 April 2014

Bangunan Pencakar Langit Hilang Dari Pandangan Mata

Beberapa bangunan pencakar langit di London hilang daripada pemandangan

Pihak berkuasa mengumumkan bahawa tahap pencemaran udara mencapai tahap tertinggi

Pemandangan di Hyde Park London

Pemandangan di tengah London

Pemandangan di Greenwich Park

Pemcemaran udara memaksa dua beranak ini memakai topeng muka

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan sisa industri dan habuk yang diterbangkan dari Gurun Sahara di Afrika


LONDON - Debu dari gurun Sahara dan pencemaran asap masih melanda sebahagian besar Britain pada waktu pagi semalam. 
Pihak berkuasa mengumumkan bahawa tahap pencemaran udara mencapai tahap tertinggi. 
Pencemaran udara yang melanda negara itu sejak kelmarin berpunca daripada pelepasan sisa industri dan habuk yang diterbangkan dari Gurun Sahara di Afrika. 
Keadaan itu menyebabkan beberapa bangunan pencakar langit di negara itu hilang daripada pemandangan akibat debu dan sisa industri yang berterbangan di udara. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.