Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 4 April 2014

Lagi Kes Culik Berlaku Di Sabah?

Seorang pekerja resort dan pelancong warga China, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort

Mangsa culik merupakan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40 dan pelancong warga China, Gao Hua Yuan, 29

Kejadian culik berlaku di kawasan keselamatan khas ESSCOM. Semporna terletak antara Kunak dan Lahad Datu


SEMPORNA - Dua wanita, masing-masing seorang pekerja resort dan pelancong warga China, diculik sekumpulan tujuh lelaki bersenjata api di Singamata Reef Resort, di perairan Semporna, malam kelmarin. 
Kumpulan lelaki terbabit menyerbu resort terapung yang terletak dua batu nautika dari pekan Semporna (3.7 kilometer) dan melarikan pekerja warga Filipina, Marcy Dayawan, 40 dan pelancong, Gao Hua Yuan, 29, pelajar sebuah universiti di Shanghai, kira-kira jam 10.30 malam.  
Kedua-dua mangsa dilarikan oleh kumpulan terbabit dengan bot menghala ke perairan di selatan Filipina.  
Ketika kejadian, seramai 61 pelancong dengan 59 daripadanya warga China menginap di resort berkenaan bersama 47 kakitangan pusat peranginan itu. 
Ia kejadian kedua culik bersenjata api di perairan Semporna membabitkan pelancong asing selepas insiden seorang lelaki Taiwan ditembak mati, manakala rakan senegaranya dilarikan di Pulau Pom-Pom, 15 November tahun lalu. 
Dalam kejadian malam kelmarin, kumpulan penculik menaiki sebuah bot laju dengan tiga daripada mereka yang bertopeng menyerbu resort itu sebelum berteriak dan mengarahkan pelancong serta petugas tidak bergerak, manakala empat lagi rakan mereka menunggu dalam bot. 
Beberapa pekerja resort berkata mereka melihat penculik masuk ke bilik pekerja dan melarikan Marcy, tetapi hanya mendengar suara wanita di hujung resort dipercayai Hua Yuan yang menjerit 'help! help! I don't want to go' (tolong, tolong, saya tak mahu pergi). - Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.