Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 15 April 2014

Liverpool Diserang Tikus Gergasi

Seorang lelaki penduduk tempatan menunjukkan dua ekor tikus gergasi di Liverpool

Penduduk tempatan menggunakan racun yang dibuat secara tradisional sebagai umpan untuk menghapuskan tikus-tikus

Bagaimanapun haiwan ini kini kebal terhadap umpan tradisional, kata seorang pekerja kawalan makhluk perosak


LIVERPOOL - Bandar raya Liverpool didapati mengandungi sejumlah tikus gergasi yang didakwa sebesar saiz seekor kucing, lapor portal berita Metro.com,uk kelmarin. 
Sekumpulan tikus gergasi itu ditemui di Merseyside, bandar raya ini. 
Penduduk tempatan di sini terpaksa menggunakan racun yang dibuat secara tradisional sebagai umpan untuk menghapuskan tikus-tikus. 
"Haiwan-haiwan itu kini kebal dengan umpan tradisional itu," kata seorang pekerja yang mengawal pembiakan makhluk perosak, Sean Whelan kepada akhbar Liverpool Echo. 
Tikus-tikus itu mampu membesar menyamai saiz seekor kucing kerana terdapat makanan terbuang yang banyak di jalanan. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.