Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 25 April 2014

Maut Kerana Cuba Selamatkan Anak Anjing

Seorang jiran menunjukkan lokasi mangsa terperangkap. Gambar kecil, lubang tempat mangsa ditemui lemas. Foto: myMetro

Jay Jeffrey Linjungan baru tiga tahun menjadi peguam. Foto: The Star


PENAMPANG - Cubaan seorang peguam menyelamatkan seekor anak anjing peliharaannya yang baru lahir dan disorok ibu haiwan itu di dalam lubang tidak kesampaian apabila dia maut dipercayai akibat lemas dalam kejadian di Kampung Pisang Babah, dekat sini, kelmarin. 
Mangsa, Jay Jeffrey Linjungan, 27, dipercayai cuba mengambil seekor daripada tiga anak anjingnya sebelum dipercayai terperangkap dan gagal keluar dari lubang sedalam satu meter dan selebar 0.45 meter. 
Mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap oleh adiknya selepas melihat kaki abangnya terbujur kaku sementara badan mangsa berada di dalam lubang.  
Difahamkan, jam 1 tengah hari Selasa lalu, mangsa menyedari anjing peliharaannya melahirkan anak di dalam lubang terletak 20 meter dari rumah mereka. 
Mangsa bergegas ke lubang berkenaan dan dapat menyelamatkan dua anak anjing dalam lubang berkenaan. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.