Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 14 April 2014

Kereta 'Terbang' 25 Meter

Seorang lelaki bernasib baik kerana hanya cedera ringan selepas kereta dipandunya ‘terbang’ dari curam setinggi 25 meter

Kereta ‘terbang’ ini jatuh dan terhempas di kawasan berbatu di bawah

Lelaki itu juga sempat berseloroh bahawa minuman tenaga diambilnya sejurus sebelum kejadian membuatkannya terbang

Lelaki itu dapat keluar sendiri dari keretanya dan berjalan beberapa meter untuk mendapatkan bantuan

Kereta 'terbang' diangkat menggunakan kren naik ke atas


LONDON - Seorang pemandu bernasib baik apabila hanya cedera ringan selepas kereta dipandunya ‘terbang’ dari curam setinggi 25 meter dan terhempas di kawasan berbatu di bawah. 
Malah, dia juga sempat berseloroh bahawa minuman tenaga diambilnya sejurus sebelum kejadian membuatkannya terbang. 
Dalam kejadian tengah malam di Roedean, Sussex, itu, lelaki yang tidak dinamakan itu dipercayai memandu laju menyebabkan dia gagal mengawal apabila sampai di selekoh tajam. 
Lebih menakjubkan, lelaki itu hanya mengalami cedera ringan dan dapat keluar sendiri dari keretanya sebelum berjalan beberapa meter untuk mendapatkan bantuan. 
Pasukan keselamatan bagaimanapun membawa lelaki itu naik menggunakan tandu dan tangga sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.