Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 15 April 2014

Lelaki Mengamuk Di Pusat Yahudi

Seorang lelaki berusia 73 tahun mengamuk di Pusat Komuniti Yahudi di bandar raya Kansas, Amerika Syarikat kelmarin

Lelaki itu menjerit perkataan anti-Semitik dan membuat tabik Nazi sebelum ditangkap polis Taman Overland kelmarin

Frazier Glenn Cross, 73, lelaki yang mengamuk disyaki menjadi anggota kumpulan Klu Klux Klan

Cross memakai seragam dalam video yang tidak bertarikh

Dua orang mangsa amukan Cross yang terbunuh

Cross semasa ditahan oleh polis selepas kejadian amuk kelmarin

Presiden Barack Obama semalam memberi amaran, keganasan agama tidak mempunyai tempat dalam masyarakat negara itu


WASHINGTON - Seorang lelaki berusia 73 tahun, Frazier Glenn Cross mengamuk di Pusat Komuniti Yahudi di bandar raya Kansas, Amerika Syarikat kelmarin menyebabkan dua orang terbunuh. 
Cross turut menyebabkan seorang lagi terbunuh di Pusat Persaraan Kampung Shalom sempena sambutan penduduk Yahudi yang meraikan pembebasan daripada perhambaan. 
Menurut media semalam, lelaki itu disyaki menjadi anggota kumpulan membenci penduduk berkulit hitam iaitu Klu Klux Klan. 
Cross juga dikenali sebagai seorang yang membenci kaum Yahudi. 
Dia menjerit perkataan anti-Semitik dan membuat tabik Nazi sebelum ditangkap polis Taman Overland kelmarin. 
Siasatan berhubung serangan itu yang dikategorikan sebagai jenayah kebencian akan dilakukan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Niro Alkohol Tembakau dan Senjata Api. 
Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam memberi amaran bahawa keganasan agama tidak mempunyai tempat di dalam masyarakat negara ini. 
Beliau membuat komen tersebut selepas kejadian amukan itu. 
"Tidak ada sesiapa pun yang perlu berasa bimbang tentang keselamatan mereka apabila berhimpun bersama rakan-rakan yang memiliki kepercayaan yang sama. 
"Tidak ada seorang pun yang sepatutnya takut tentang keselamatan mereka untuk pergi bersembahyang," kata Obama di White House semalam. 
Presiden itu menyatakan, kejadian tembakan itu merupakan sesuatu yang tragik kerana kaum Yahudi sedang menyambut perayaan Passover dan penganut- penganut Kristian meraikan hari Palm Sunday. - Agensi/Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.