Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 3 April 2014

Wanita Sorok Jam Rolex Dalam Kemaluan

Christina Lafave, 25, dituduh mencuri jam Rolex milik Kenneth Herold pada 15 Januari lalu. Foto: LVPD

Jam tangan jenama Rolex. Foto: AMAZON

Kejadian berlaku di sebuah kamar di Hotel Wynn Las Vegas. Foto: Bloomberg


LAS VEGAS - Seorang tukang urut didakwa mencuri jam tangan jenama Rolex seorang pelanggan lelaki dan menyembunyikannya di dalam kemaluannya. 
Christina Lafave, 25, dituduh mencuri jam milik Kenneth Herold pada 15 Januari lalu ketika mengurutnya di sebuah kamar di Hotel Wynn Las Vegas. 
Kes itu menjadi perhatian apabila peguam Christina percaya yang jam itu ditemui melalui pemeriksaan yang tidak sah dan tidak sepatutnya dibawa ke mahkamah. 
Herold, 66, memberitahu polis dia menemui suspek di bar hotel berkenaan dan wanita itu memberitahunya yang dia menyediakan khidmat “urutan peribadi” dengan harga yang ditetapkan. 
Selepas bayaran dibuat, mereka berdua menuju ke bilik Herold dan Christina meminta lelaki itu menanggalkan jam tangannya supaya dia dapat mengurut lengannya. 
Tidak lama kemudian Herold mendapati jamnya yang berharga AS$35,000 (RM114,362) hilang. 
Christina menafi mengambilnya. 
Wanita itu ditahan pihak keselamatan hotel sebelum diserahkan kepada polis dan selepas disoal siasat dia mengaku menyembunyikan jam berkenaan di dalam kemaluannya. Ujian X-ray yang dijalankan di hospital berhampiran membuktikan jam tangan itu berada dalam kemaluan Christina. - Agensi/myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.