Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 12 Jun 2013

China Hantar Astronaut Ke Angkasa Lepas

Tiga astronauts China, Nie Haisheng (tengah), Zhang Xiaoguang (kanan) dan Wang Yaping (kiri)

Astronaut China memberi tabik hormat. Foto: Reuters

Roket Long March 2-F membawa kapal angkasa lepas Shenzhou-10 sedang berlepas

China menjadi negara ketiga di dunia menghantar angkasawan ke angkasa lepas selepas Rusia dan Amerika Syarikat


BEIJING - China melancarkan roket Long March 2-F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou-10 ke angkasa lepas semalam. 
Tiga angkasawan yang berada di dalam kapal angkasa tersebut berlepas dari pusat pelancaran Jiuquan di padang pasir Gobi, wilayah Gansu. 
Kapal angkasa itu yang telah berpisah dengan roket tersebut selepas dilancarkan akan berlabuh di stesen angkasa lepas milik China, Tiangong-1. 
Jurucakap Program Kejuruteraan Manusia ke Angkasa Lepas China, Wu Ping berkata, seorang wanita yang menyertai misi itu, Wang Yaping, 33, akan memberikan kuliah tentang graviti dari angkasa lepas. 
Dia merupakan wanita kedua China yang berlepas ke angkasa lepas. 
Pemimpin Parti Komunis dan Presiden China, Xi Jinping menyaksikan pelancaran roket tersebut di pusat angkasa lepas itu. 
Perdana Menteri, Li Keqiang dan beberapa pemimpin tentera dan awam berjabat tangan dengan para saintis dan juruteknik di pusat angkasa lepas tersebut selepas roket berkenaan berjaya dilancarkan. 
Keqiang turut bercakap dengan ketiga-tiga angkasa itu. 
"Anda menyebabkan penduduk China berasa bangga dengan diri mereka," kata Keqiang. 
Selain Yaping, dua angkasawan lain yang menyertai misi tersebut ialah Nie Haisheng dan Zhang Xiaoguang. 
Mereka akan berada di angkasa lepas selama 15 hari. 
China menghantar manusia ke angkasa lepas buat kali pertama pada tahun 2003. 
Kejayaan itu sekali gus meletakkan China menjadi negara ketiga di dunia yang menghantar angkasawan ke angkasa lepas selepas Rusia dan Amerika Syarikat. 
China telah melancarkan lima misi ke angkasa lepas yang membawa manusia dengan menggunakan kapal angkasa tersebut. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.