|
Pesawat yang mengambil bahagian dalam acara Vectren Air Show kelmarin terhempas dan meletup |
|
Sebelum nahas berlaku, pelagak ngeri Jane Wicker duduk di atas sayap pesawat ini |
|
Pesawat kemudian hilang kawalan dan Jane Wicker yang sebelumnya duduk di atas sayap pesawat telah tergantung |
|
Sebelah sayap pesawat kemudian menyentuh tanah |
|
Saksi di tempat kejadian berkata, mereka mendengar jeritan sebelum pesawat terhempas |
|
Seorang saksi berkata, beliau percaya pesawat itu terbang 'terlalu rendah dan terlalu perlahan' |
|
Seorang juruterbang dan seorang pelagak ngeri terkorban dalam nahas ini |
|
Jane Wicker terbunuh akibat kejadian itu |
|
Turut terbunuh bersama Jane Wicker ialah juruterbang pesawat, Charlie Schwenker |
|
Jane Wicker, seorang ibu tunggal bersama dua orang anaknya |
DAYTON, Ohio - Sebuah pesawat yang mengambil bahagian dalam acara Vectren Air Show kelmarin terhempas dan meletup.
Dalam insiden itu, seorang juruterbang dan seorang pelagak ngeri terkorban.
Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Dayton, Linda Hughes dan Pegawai Lebuh Raya Negeri Ohio, Leftenan Anne Ralston mengesahkan kejadian tersebut.
Kejadian malang itu berlaku sekitar pukul 12.45 petang waktu tempatan. Tiada penonton dilaporkan cedera dan acara itu dibatalkan sebaik sahaja kemalangan berlaku.
Satu klip video menunjukkan pesawat tersebut berpusing ketika pelagak ngeri, Jane Wicker duduk di atas sayapnya. Ia kemudian gagal dikawal dan terhempas di atas padang dan terbakar.
"Secara tiba-tiba saya dengar orang ramai menjerit dan nampak bebola api," kata seorang penonton, Stan Thayer.
Pertunjukan udara yang disifatkan sebagai antara yang tertua di Amerika Syarikat itu biasanya mampu menarik kira-kira 70,000 penonton setiap kali dianjurkan. - AP/Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.