Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 12 Jun 2013

Pesawat China Disyaki Dilanggar UFO

Jet penumpang ini melakukan pendaratan cemas selepas terlibat perlanggaran misteri di udara dengan 'objek asing'

Muncung pesawat kelihatan kemik dan catnya calar tetapi tidak terdapat kesan darah atau bulu burung.

Pesawat Boeing 757 yang dalam perjalanan dari Chengdu ke Guangzhou ini selamat mendarat


Sebuah jet penumpang terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas terlibat perlanggaran misteri di udara dengan 'objek asing' pada ketinggian 26,000 kaki, menyebabkan berlaku sedikit kerosakan pada muncung pesawat berkenaan. 
Bahagian hadapan Boeing 757 Air China kelihatan kemik dan catnya calar semasa ia mendarat. 
Pesawat berkenaan ketika itu sedang berlepas naik apabila dentuman terdengar dari hadapan pesawat. 
Juruterbang pesawat berkata dia segera menghubungi pengawal trafik udara. 
Pengawal udara kemudian membenarkan pesawat itu kembali ke lapangan terbang. 
Pakar berkata kejadian itu menimbulkan syak wasangka bahawa pesawat itu dilanggar oleh 'objek asing'. 
Bagaimanapun, mereka tidak percaya ia disebabkan pelanggaran dengan burung kerana tidak terdapat kesan darah atau bulu pada muncung pesawat yang kemik. 
Kerosakan itu hanya dilihat semasa pesawat yang dalam perjalanan dari Chengdu ke Guangzhou itu selamat mendarat. 
Gambar-gambar berkaitan telah mendorong spekulasi bahawa ia disebabkan oleh UFO. 
Manakala teori lain menyebut ia berpunca daripada tekanan udara yang cepat panas dan berkembang. 
Bekas penyiasat UFO kerajaan, Nick Pope memberitahu The Sun bahawa pemeriksaan muncung pesawat perlu dilakukan untuk mengetahui punca kejadian sebenar. 
Beliau berkata kesan pelanggaran dapat dilihat pada pesawat. 
Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada orang Cina akan mendedahkan 'rahsia' yang menyebabkan perkara itu berlaku. 
Pope memberitahu The Sun, "Kes-kes seperti ini menunjukkan orang percaya tentang UFO dan terdapat isu-isu keselamatan udara yang serius dalam hal ini. 
"Fail MoD dan CAA mengandungi berpuluh-puluh laporan nyaris berlaku pelanggaran antara UFO dan pesawat komersial. 
"Ia hanya menunggu masa sebelum berlaku malapetaka." 
Tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian misteri itu. 
Minggu lalu, tiga juruterbang jet penumpang melihat UFO di atas ibu pejabat Scientology Britain semasa menghampiri Lapangan Terbang Gatwick. 
Satu laporan mendedahkan bahawa mereka masing-masing melihat 'dua cakera rata perak' sedang terbang pada ketinggian 100 kaki. 
Pengawal trafik udara kemudian terlihat enam UFO pada radar mereka sebelum objek berkenaan tiba-tiba menghilang. 
Kejadian lain pernah disiasat oleh Lembaga Airprox UK, berlaku pada 30 Disember sebelum 9.00 pagi berlaku di ruang udara ibu pejabat Scientology di East Grinstead, Sussex, England. - Mail Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.