|
Lopes mempelajari cara untuk menggunakan tangan kiri bioniknya di sebuah pusat pemulihan di Coubert. Foto: AFP |
|
Florian Lopes putus tiga jari berikutan kemalangan di tempat kerja. Foto: larepublique77 |
|
Florian Lopes sedang memegang ranting pokok menggunakan tangan bionik. Foto: france24 |
PARIS - Seorang pemuda berusia 22 tahun, Florian Lopes menggunakan tangan kiri bionik yang berharga 42,000 euro (RM170,089).
Dia merupakan pesakit Perancis yang pertama menerima tangan bionik itu.
Lopes memakai tangan bionik itu selepas dia kehilangan tiga batang jari semasa menggunakan sebuah mesin pengisar pada tahun 2011.
Selepas tangan bionik itu dipasang, Lopes kini boleh memegang garpu atau membuka penutup balang.
"Saya kini boleh memotong daging atau menuang air ke dalam gelas seperti dahulu," kata pemuda tersebut.
Kos pemasangan tangan bionik tersebut dibayar oleh majikan Lopes.
Lopes kelihatan seperti memakai sarung tangan sehingga ke paras sikunya semasa dia menggunakan tangan bionik itu.
Tangan bionik itu dikeluarkan oleh syarikat Touch Bionics Scots.
Lopes belajar menggunakan tangan tersebut di sebuah pusat pemulihan di Coubert, tenggara Paris. - Agensi/Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.