|
Ketua Paderi Canterbury, Justin Welby mengkritik rang undang-undang perkahwinan sejenis. Foto: telegraph |
|
Bekas ketua konstabel polis West Midland, Lord Dear cuba menggagalkan rang undang-undang itu. Foto: Guardian |
|
Penyokong rang undang-undang mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen Britain di London. Foto: Guardian |
LONDON - Ketua Paderi Canterbury, Justin Welby mengkritik rang undang-undang perkahwinan sejenis kerajaan dan memberi amaran keras ia akan menghasilkan bentuk perkahwinan ‘berbeza’ tidak seimbang yang akan menjejaskan kehidupan berkeluarga.
Ketika satu perbahasan selama dua hari membabitkan 91 orang, Welby mendakwa rang undang-undang berkenaan adalah janggal, akan menggugat perkahwinan yang menjadi asas pembentukan sebuah keluarga dan zuriat.
Welby bagaimanapun mengkritik bekas ketua konstabel polis West Midland, Lord Dear, yang cuba menggagalkan rang undang-undang itu dengan membentangkan satu pindaan yang tidak akan membolehkan ia dibacakan untuk kali kedua.
Ketua biskop itu menjelaskan beliau berkongsi kebimbangan dengan Dear mengenai rang undang-undang terbabit. Welby memberitahu rakannya bahawa rang undang-undang itu mencetuskan kekeliruan:
“Di bawah rang undang-undang ini perkahwinan sebenar seakan-akan dihapuskan dan didefinisikan semula. Rang undang-undang perkahwinan baru ini adalah satu bentuk yang janggal apabila ia dilakukan dengan jantina yang sama.
“Konsep perkahwinan sebagai tempat normal bagi hubungan seksual sudah hilang. Idea perkahwinan sebagai satu perjanjian bersama akan berkurangan. Keluarga dalam erti kata normal sebagai asas dalam masyarakat semakin lemah,” katanya. - AGENSI/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.