Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 14 Jun 2013

Program Realiti Untuk Remaja Palestin

Dua kanak-kanak Palestin sedang berlatih menculik seorang 'tentera Israel' di bawah panas terik matahari padang pasir

Latihan ini berasaskan kejayaan Pejuang Palestin menangkap tentera Israel Gilad Shalit pada tahun 2006

Seorang remaja Palestin sedang berlatih melompat di atas tayar terbakar

Bakal pejuang dan pembela masa hadapan ini sedang berlatih menggunakan raifal

Belia memakai cat perang dan pakaian seragam hitam sedang berlatih memasang raifal

Peserta kem latihan ada yang berusia 6 tahun

Sekumpulan kanak-kanak lelaki mendengar dengan penuh minat bagaimana cara hendak menggunakan raifal

Letupan dan tayar terbakar digunakan untuk membuat latihan menjadi lebih realistik

 Matlamat kem ini adalah untuk menanamkan disiplin tentera di kalangan generasi muda

Kem latihan musim panas ini mampu menampung sehingga 10,000 kanak-kanak lelaki pada satu masa

Latihan kem ini menanamkan semangat keberanian dan kecekalan

Latihan lasak yang dijalankan di sebuah kem berhampiran sempadan Mesir

Ramai belia Palestin menunjukkan minat menyertai kem latihan pertahanan.


Di negara ini, para remaja mempunyai peluang yang luas sama ada menonton atau menyertai berbagai program realiti yang diadakan pada sepanjang tahun, kerana negara ini aman dan damai. 
Tetapi bagaimana dengan remaja Palestin yang tinggal di sebuah negara yang terdedah kepada konflik bersenjata? 
Sebenarnya, sama seperti remaja di negara ini, remaja Palestin juga sibuk dengan program realiti. Tetapi program mereka lebih realistik dan diadakan di kem musim panas (summer camp) ala Palestin. 
Kem musim panas di Gaza misalnya, mampu menampung sehingga 10,000 kanak-kanak lelaki pada satu masa. Para peserta terdiri daripada mereka yang berusia antara enam hingga 16 tahun dan mereka diberikan pelbagai latihan, termasuk satu latihan simulasi menangkap askar Israel. 
Di sebuah zon perang olok-olok di bandar Rafah, remaja Palestin merangkak di bawah kawat berduri, melompat melalui api dan berlindung dibelakang beg pasir. 
Letupan dan tayar yang dibakar menjadikan latihan simulasi pertempuran menjadi lebih realistik dengan kanak-kanak lelaki dilatih melarikan diri daripada musuh dan menembak sasaran. 
Kanak-kanak juga dilatih berkawat dan berdiri untuk menerima arahan bagi memupuk disiplin tentera. 
Peserta kem itu yang dinamakan Generasi Iman diberi raifal AK47s yang lebih besar daripada sesetengah kanak-kanak yang memegangnya. 
Mereka memakai pakaian seragam hitam yang mengandungi slogan kem dalam bahasa Arab dan logo dua tangan, dua senapang dan peta Semenanjung Gaza. 
Mereka diberi pendidikan Islam untuk kekuatan mental dan latihan tahan lasak untuk kekuatan fizikal, sebagai persediaan untuk menjadi pejuang dan pembela pada masa hadapan. 
Latihan simulasi penculikan askar Israel merupakan yang paling menarik kerana replika seorang askar muda Israel diheret oleh dua remaja Palestin dari kawasan yang ditandakan dengan bendera Israel. 
Pada tahun 2006 pejuang Palestin berjaya menawan seorang askar Israel bernama Gilad Shalid. Shalid akhirnya dibebaskan selepas lebih lima tahun menjadi tawanan Palestin sebagai sebahagian daripada syarat pertukaran banduan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.