Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 7 November 2013

Dirawat Untuk Kurangkan Bulu

Devi Budhathoki, 38, anak perempuannya Manjura, kiri, 14, dan anak lelakinya Niraj, 12, menjalani rawatan penyingkiran bulu

Wajah Niraj sebelum dan selepas rawatan


Wajah Manjura sebelum dan selepas rawatan


Wajah Devi Budhathoki sebelum dan selepas rawatan


Rambut Manjura dicukur sebelum dia dirawat dengan menggunakan tembakan laser


KHARAY - Seorang ibu dan tiga anaknya terpaksa menjalani rawatan dengan menggunakan laser baru-baru ini bagi mengurangkan pertumbuhan bulu pada badan mereka. 
Wanita berkenaan, Devi Budhathoki, 38, dan anak perempuannya, Manjura, 14, seorang anak lelakinya Niraj, 12, serta seorang lagi anak perempuannya Mandira, 7, disahkan menghidap penyakit genetik Congenital Hypertrichosis Lanuginosa. 
Penyakit ganjil itu yang kadangkala digelar sebagai sindrom serigala jadian menyebabkan pesakit mengalami pertumbuhan bulu badan yang berlebihan. 
"Niraj pernah memberitahu bahawa dia akan kembali dengan wajah baharu supaya mereka tidak dapat lagi mengejeknya," kata Devi. 
Devi dan suaminya yang berusia 65 tahun, Nara Bahadur Budhathoki serta tiga anak mereka tinggal di sebuah kediaman di sini, dalam daerah Dolkha yang terletak sekitar 190 kilometer ke timur laut ibu kota Nepal, Kathmandu. 
Empat beranak itu menjalani rawatan dengan menggunakan laser bagi membuang bulu badan secara berkala di Hospital Dhulikhel di pinggir bandar Kathmandu. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.