|
Polis tahan lima lelaki Afrika yang mengaku mampu gandakan wang dengan menyeru nama ‘Jin Maimunah’ (foto hiasan) |
|
Kertas hitam yang dirampas daripada lima lelaki Afrika semalam. Foto: Kosmo! Online |
SHAH ALAM – Lima lelaki Afrika mendakwa mampu menggandakan wang dengan menyeru nama ‘Jin Maimunah’ hingga mengakibatkan seorang kontraktor landskap kerugian RM135,000.
Kejadian berlaku apabila suspek berusia antara 30 hingga 40 tahun tersebut mendakwa mampu menggandakan wang kontraktor tersebut kepada AS$100 juta (RM319 juta) dalam satu upacara mistik yang dilakukan di Bukit Belacan, Ampang, Selangor.
Difahamkan, ketika upacara tersebut berlangsung, mangsa berusia 50 tahun itu mendakwa mendengar suara ghaib yang menyuruhnya melakukan kebaikan seperti membina masjid dan membantu orang Islam menunaikan umrah jika sudah menjadi kaya. - Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.