Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 21 November 2013

Pemuda Obes Akhirnya Selamat Pulang

Kevin Chenais yang berat badannya 230 kilogram (kg) akhirnya dapat kembali ke negara asalnya. Foto: Mail Online

Chenais sebelum itu menghadapi masalah pengangkutan untuk pulang ke Perancis. Foto: AFP

British Airways menyatakan, Chenais, 22, dengan berat badan 230 kilogram (kg) terlalu gemuk untuk terbang

Pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka atas faktor keselamatan. Foto: Wikipedia

Chenais yang menggunakan kerusi roda elektrik, memerlukan oksigen yang kerap dan penjagaan yang rapi. Foto: AFP

Chenais dan ibu bapanya tiba di lapangan terbang Heathrow, London pada Selasa selepas Virgin Atlantic bersetuju membawanya

Di London, Chenais dihalang pula menaiki tren Eurostar untuk balik ke Perancis

Berikutan kegagalan menggunakan tren Eurostar, Chenais dan keluarga bercadang menaiki bot

Chenais akhirnya pulang menggunakan ambulan yang diangkut oleh feri menyeberangi Selat Inggeris

Chenais yang menghadapi masalah kesihatan dibantu menaiki ambulan pada hari Rabu

Perbelanjaan pengangkutan Chenais ditanggung oleh syarikat P&O



LONDON - Hasrat seorang pemuda ingin pulang ke Perancis akhirnya tercapai selepas beberapa kali terhalang. 
Chenais dan keluarganya ingin pulang ke negara asalnya selepas berada di Amerika Syarikat (AS) sejak Mei tahun lalu untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah hormon tidak seimbang. 
Pada mulanya mereka bercadang menaiki penerbangan British Airways. Namun, syarikat penerbangan itu menyatakan, Chenais, 22, dengan berat badan 230 kilogram (kg) itu terlalu gemuk untuk terbang.
Keluarga itu kemudian menghabiskan masa selama seminggu tinggal di hotel sehingga mereka kehabisan wang sebelum membuat keputusan untuk menaiki kapal pelayaran Queen Mary sebagai pilihan alternatif pulang ke Perancis. 
Bagaimananpun menurut abangnya, pihak pengurusan Queen Mary juga tidak membenarkan Chenais menaiki kapal mereka kerana faktor keselamatan. 
Mujur penerbangan Virgin Atlantic bersetuju membawa Chenais melalui penerbangan dari New York ke London. 
Chenais dan ibu bapanya tiba di lapangan terbang Heathrow, London pada Selasa. 
Bagaimanapun di London, Chenais sekali lagi menghadapi masalah pulang ke negaranya apabila dihalang menaiki tren Eurostar untuk balik ke Perancis atas sebab keselamatan. 
Selain bergantung kepada kerusi roda elektrik untuk bergerak, Chenais juga memerlukan oksigen yang kerap dan penjagaan yang rapi. 
Masalah Chenais akhirnya selesai apabila syarikat P&O bersetuju membawanya balik ke Perancis menggunakan sebuah ambulan yang diangkut oleh feri, menyeberangi Selat Inggeris menuju ke Perancis, semalam. 
Semua perbelanjaan pengangkutan Chenais menggunakan feri ditanggung oleh syarikat P&O.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.