Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 18 November 2013

Riyadh Banjir Selepas Hujan Semalaman

Awan tebal, diikuti dengan hujan lebat semalaman menyebabkan Riyadh dilanda banjir. Foto: AFP

Kenderaan meredah jalan raya yang ditenggelami air di utara Riyadh. Foto: AFP

Hujan menyebabkan banjir besar di Riyadh pada Sabtu lalu. Foto: Sabq

Sebuah kereta melalui jalan yang ditenggelami air. Foto: AFP

Banjir menyebabkan lalu lintas di beberapa tempat terganggu di Riyadh. Foto: Sabq

Seorang pekerja Saudi sedang membersihkan jalan yang dilanda banjir di utara Riyadh. Foto: AFP

Lelaki Saudi ini terpaksa berjalan kaki kerana keretanya sedang dibaiki akibat banjir di utara Riyadh. Foto: AFP

Lelaki Saudi ini memandu lori tangki melintasi kawasan yang ditenggelami air banjir. Foto: AFP 


RIYADH - Seorang warga Yemen terkorban dalam kejadian banjir yang berlaku akibat hujan lebat di sini, lapor portal berita gulfnews.com semalam. 
Warga Yemen itu sedang berjalan di sebatang jalan yang dinaiki air bersama bapanya di Wadi Namar. 
Dia dan bapanya berjalan dengan meredah banjir kerana kereta yang dinaiki mereka tidak boleh menyeberangi jalan tersebut yang dinaiki air. 
Namun, si mangsa itu dihanyutkan arus yang deras di depan bapanya. 
Portal itu tidak mendedahkan identiti si mangsa cuma menyatakan dia merupakan seorang perempuan. 
Pihak berkuasa turut mencari dua lagi langsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian banjir itu. 
Kementerian Pendidikan Arab Saudi turut menggantung sesi persekolahan di sini akibat banjir tersebut. 
Kejadian banjir itu berlaku akibat hujan lebat yang melanda ibu kota Arab Saudi itu sejak kelmarin. 
Sebahagian penduduk gembira dengan perubahan cuaca yang berlaku di bandar raya tersebut. 
Beberapa buah universiti juga ditutup antaranya Universiti Raja Saud dan Universiti Kesihatan Sains Raja Saud Bin Abdulaziz. 
Seorang penduduk di daerah Roudah di sini memberitahu portal berita Arab News, banyak kereta tersangkut di jalan raya ekoran banjir. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.