|
Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter kerana berbogel |
|
Dia mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter |
|
Wanita ini kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk pemeriksaan kesihatan |
CHICAGO - Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu.
Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago.
Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu.
Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit.
Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter.
Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan.
Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.- Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.