|
Beginlah keadaannya selepas taufan Haiyan membadai bandar Tacloban |
|
Pemandangan bagaikan padang jarak padang tekukur |
|
Lapangan terbang turut musnah |
|
Kenderaan terbalik berhampiran lapangan terbang |
|
Perkampongan dekat pantai rosak teruk |
|
Atap rumah-rumah ini telah diterbangkan angin |
|
Hanya ini yang tinggal bagi keluarga ini |
|
Taufan Haiyan dipercayai paling kuat dalam sejarah |
|
Seorang penduduk sedang mencari sisa-sisa yang tinggal selepas amukan taufan |
|
Mayat mangsa taufan |
|
Imej satelit Taufan Haiyan yang membadai Filipina |
|
Penduduk Sabah patut bersyukur kepada Tuhan kerana musibah tidak melanda kawasan mereka |
TACLOBAN - Sebahagian daripada 100 mayat mangsa korban taufan Haiyan bergelimpangan di tengah jalan selepas ia membawa hujan dan angin kencang membadai bandar tengah Filipina, Tacloban, menyebabkan banyak kediaman musnah termasuk lapangan terbang.
Angka korban dijangka meningkat selain kemusnahan lebih teruk apabila pekerja bantuan dan askar tiba di kawasan terputus hubungan akibat taufan itu yang dipercayai paling kuat dalam sejarah.
Pihak berkuasa belum dapat menghubungi pegawai di Tacloban yang mempunyai 220,000 penduduk selepas komunikasi terputus dengan 100 lagi dipercayai cedera kerana taufan itu.
“Mayat mangsa taufan boleh dilihat di tengah jalan,” kata Timbalan Ketua Pengarah Pihak berkuasa Penerbangan Sivil, John Andrews.
Tiang elektrik patah, pokok tumbang, bumbung kediaman runtuh dan rumah ranap dilihat di merata-rata tempat di bandar itu, 580 kilometer di tenggara Manila yang turut banjir dengan kenderaan dimasuki air.
Sebelum komunikasi terputus Jumaat lalu, pegawai bandar melaporkan banjir besar melanda. Rangkaian telefon bimbit turut terputus manakala kebanyakan jalan raya tidak dapat dilalui.
“Hampir semua rumah musnah, kebanyakannya rosak teruk. Hanya beberapa saja baik,” kata jurucakap agensi bencana kebangsaan, Mejar Rey Balido.
Lapangan terbang bandar itu yang berada dekat pantai musnah dilanda ombak besar dan beberapa askar yang berpejabat di situ juga hilang, kata pegawai tentera.
Seramai satu juta penduduk berada di tempat perlindungan sementara di 37 wilayah selepas Presiden Benigno Aquino merayu penghuni kawasan yang bakal dilanda taufan itu supaya berpindah.
Haiyan yang kini menuju Vietnam berada dalam kategori 5 ‘taufan raksasa’ dan dilaporkan semakin lemah dan mencapai kategori 4.
Bagaimanapun, pengkaji cuaca menjangkanya kembali besar semalam ketika ia melalui Laut China Selatan dan sampai ke Vietnam hari ini.
Pihak berkuasa di 15 wilayah Vietnam meminta bot nelayan pulang dan hampir 300,000 orang dipindahkan ke kawasan lebih selamat di Da Nang dan Quang Nam, kata laman web kerajaan.
Sehingga petang semalam, Haiyan berada 709 kilometer di barat San Jose, wilayah Occidental Mindoro membawa angin yang boleh mencapai kelajuan 185 kilometer sejam sehingga 220 kilometer sejam.
Ia melanda kepulauan Leyte dan Samar dengan kelajuan angin 275 kilometer sejam selain menyebabkan ombak setinggi lima hingga enam meter di pinggir utara wilayah Cebu.
Haiyan adalah taufan kategori 5 kedua melanda Filipina tahun ini selepas Usag, September lalu.
Secara purata, 20 taufa melanda setiap tahun dan Haiyan adalah yang ke-24 tahun ini.
Tahun lalu, taufan Bopha memusnahkan tiga bandar di selatan Mindanao, menyebabkan 1,100 orang maut dengan kerosakan ditaksirkan mencapai lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion). - REUTERS/Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.