|
Pada mulanya lelaki ini menggunakan alat PlayStation4 menyiarkan imej isterinya sedang mabuk di ruang tamu |
|
Lelaki ini kemudian cuba membuka baju isterinya |
|
Melalui imej yang disiarkan, lelaki terbabit mendedahkan payudara isterinya |
|
Kira-kira 15 minit kemudian skrin kelihatan gelap seketika sebelum kembali terang dan menunjukkan wanita ini tanpa pakaian |
|
PlayStation4 dilancarkan di AS pada 15 November lalu dan dijual pada harga AS$400 (RM1,288) seunit |
LONDON - Seorang pemilik PlayStation4 dikecam apabila dia menggunakan kemudahan video secara langsung pada permainan itu untuk mengaibkan isterinya sendiri dengan menyiarkan imej wanita terbabit berbogel dalam keadaan mabuk di ruang tamu rumah mereka.
Melalui imej disiarkan itu, lelaki terbabit dilihat mendedahkan payudara isterinya ketika wanita terbabit tidur di sofa.
Kira-kira 15 minit kemudian skrin kelihatan gelap seketika sebelum kembali terang.
Ketika itu wanita terbabit kelihatan masih tidur di sofa tetapi tanpa dilindungi seurat benang.
PlayStation4 yang dilancarkan minggu lalu dilengkapi kemudahan baru bergelar “Playroom” yang membolehkan pengguna menyiarkan video secara langsung melalui perkhidmatan bergelar Twitch TV.
PlayStation4 dilancarkan di AS pada 15 November lalu dan dijual pada harga AS$400 (RM1,288) seunit. - Agensi/myMetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.