Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 12 Mac 2013

Manusia Sudah Sakit Jantung Sejak 4,000 Tahun Lalu

Mumia dari Mesir sedang disiapkan untuk ujian imbasan tomografi berkomputer

Mumia sedang dimasukkan ke dalam mesin pengimbas tomografi berkomputer untuk diimbas

Ini ialah mumia wanita dari Peru berusia sekitar 40-an

Mumia lelaki dari Mesir ini berusia antara 40-50 tahun mati akibat penyakit arteri karotid

Mumia wanita dari Peru berusia sekitar 40-an ini juga mati berpunca daripada masalah arteri

Mumia dari Mesir yang telah diimbas dibawa kembali untuk di pamerkan di muzium antikuiti Kaherah


CHICAGO - Walaupun tanpa makanan segera atau rokok, manusia telah mengalami masalah jantung tersumbat kira-kira 4,000 tahun lalu, menurut satu kajian ke atas lebih 100 mumia. 
Menurut beberapa penyelidik, penemuan itu menunjukkan sakit jantung mungkin kerana faktor semula jadi kerana umur manusia semakin tua berbanding faktor yang sering dikaitkan dengan penyakit tersebut seperti merokok, memakan makanan berlemak dan tidak bersenam. 
Penemuan itu dibuat menerusi imbasan tomografi berkomputer ke atas 137 mumia. 
Mumia-mumia itu ada yang berusia sehingga 50 tahun. 
Imbasan tersebut menunjukkan satu pertiga daripada mumia itu mengandungi tanda-tanda aterosklerosis atau pengerasan arteri. 
Ia dilakukan ke atas mumia yang dipercayai pernah menjalani kehidupan yang sihat semasa hidup. 
Aterosklerosis menjadi punca berlakunya serangan jantung dan strok. 
Lebih separuh daripada mumia yang menjalani imbasan itu berasal dari Mesir. 
Baki mumia lain datang dari Peru, barat daya Amerika dan Kepulauan Aleutian di Alaska. 
"Sakit jantung telah melanda manusia lebih 4,000 tahun di serata dunia," kata seorang pakar kardiologi di Institut Jantung Saint Luke's Tengah Amerika di Kansas, Dr. Randall Thompson. 
Beliau merupakan ketua penulis kajian itu. 
Mumia-mumia yang didapati mempunyai tanda-tanda aterosklerosis itu didapati mati pada usia yang tua. 
Penyakit jantung merupakan punca utama kematian lelaki dan wanita di Amerika Syarikat (AS). 
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kira-kira 600,000 orang mati pada setiap tahun di negara ini kerana sakit jantung. - Agensi / Kosmo!


CHICAGO - Imbasan CT terhadap 137 mumia daripada empat benua dalam tempoh 4,000 tahun menunjukkan bahawa pengerasan arteri adalah perkara biasa terutama di kalangan individu berusia. 
Ini menunjukkan bahawa tanda utama penyakit jantung mungkin sebahagian daripada faktor penuaan bukannya terlalu banyak ambil makanan segera seperti 'Big Mac'. 
Penemuan itu dibentangkan pada mesyuarat Kolej Kardiologi Amerika Syarikat di San Francisco dan disiarkan dalam jurnal perubatan Lancet, mencabar kepercayaan biasa bahawa atherosclerosis atau pengerasan arteri - penyakit yang menyebabkan serangan jantung dan strok adalah masalah moden akibat merokok, obesiti dan gaya hidup yang tidak aktif. 
“Kes ini juga adalah keadaan penduduk purba sebelum dunia moden dan mungkin ia adalah sebahagian daripada penuaan,” kata seorang profesor gerontologi di Universiti Southern California, Caleb Finch yang juga penulis kanan kajian. 
Klasifikasi vaskular Mumia berkenaan termasuk individu budaya prasejarah purba Peru, penduduk Pribumi Amerika di sepanjang Sungai Colorado, orang Unangan di Kepulauan Aleutian antara Alaska dan Siberia dan individu yang tinggal ketika era Mesir purba. 
Secara keseluruhan, pasukan itu menemui petanda atherosclerosis dalam 34 peratus mumia yang dikaji. 
“Bagi mumia berusia lebih 40 tahun separuh daripada mereka memiliki masalah vaskular,” kata Dr Randall Thompson dari Institut Jantung Saint Luke, di Kansas City yang mengetuai kajian. 
“Memandangkan kita tidak dapat melihat semua arteri dalam mana-mana mumia, itu adalah faktor bersama yang agak tinggi,” katanya. 
Penemuan ini bukanlah bukti pertama bahawa atherosclerosis berlaku dalam masyarakat purba. REUTERS / Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.