Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 26 Mac 2013

Ditahan Polis Kerana Palsukan Penyata Gaji

"Tak layak jadi angkasawan tak apa, asalkan dapat jadi ahli angkasa"

Bank Rakyat, salah satu bank yang menjadi tumpuan penjawat awam untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Foto: anniyaz

MELAKA - Seorang kakitangan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Melaka merupakan antara tiga lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan penyata gaji bagi mendapatkan pinjaman peribadi dari bank. 
Difahamkan seorang lelaki yang merupakan pekerja sebuah bank lain pada mulanya memohon pinjaman peribadi berjumlah RM60,000 dengan mengemukakan dokumen sokongan palsu menyatakan dia kakitangan IPT tersebut yang kemudian disahkan kakitangan institusi itu pada awal tahun ini. 
Supt Soh Hock Sing
Pihak bank kemudian meluluskan separuh daripada permohonan tersebut setelah menghubungi kakitangan universiti berkenaan bagi mendapatkan pengesahan berkaitan pemohon. 
Mengesahkan kejadian itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Melaka Supt Soh Hock Sing berkata penipuan tersebut terbongkar apabila pihak bank mendapati jumlah wang yang terdapat dalam akaun lelaki terbabit bagi pemotongan bayaran pinjaman tidak mencukupi seperti yang tertera pada penyata gaji yang diberikannya. 
Beliau berkata pihak bank melakukan pemeriksaan lanjut terhadap data pemohon di universiti tersebut namun dimaklumkan namanya tiada dalam senarai kakitangan IPT itu. 
Penyata gaji lama kaki tangan kerajaan
Soh berkata laporan polis dibuat pihak bank tersebut pada 21 Mac lepas sebelum pihaknya berjaya menahan kedua-dua lelaki terbabit termasuk seorang lagi rakan mereka yang dipercayai turut terlibat dalam kes tersebut di tiga buah rumah berasingan di sekitar Alor Gajah pada hari sama. 
"Kesemua mereka yang dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. 
Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

1 ulasan:

  1. Kalau tipu slip gaji tapi mampu buat bayaran bulanan mcm mana? Nak tgkp jugak????

    BalasPadam

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.