Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 27 Mac 2013

Mayat Lelaki Tanpa Kelapa Ditemui

Orang ramai berdiri di sepanjang jambatan melihat polis menjalankan siasatan di lokasi mayat ditemui. Foto: Sinar Harian

SEREMBAN – Mayat seorang lelaki tanpa kepala dijumpai di dalam Sungai Linggi berhampiran Kampung Kuala Sawah, Rantau, kelmarin (Isnin). 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, mayat lelaki tanpa identiti itu dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 4 petang selepas terhidu bau busuk di kawasan itu. 
“Mayat lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan reput. Kepalanya sudah tiada dan bahagian kaki serta tangannya tidak sempurna. 
“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan. Ketika ditemui dia hanya memakai sehelai kain tanpa baju,” katanya pada sidang media diadakan di sini, semalam. 
Menurutnya, mayat lelaki terbabit dipercayai beradadi dalam sungai lebih kurang 10 hari sebelum ditemui berdasarkan keadaannya yang sudah reput dan berulat. 
Hamdan berkata, punca kematian mangsa masih dalam siasatan dan keputusannya hanya diketahui selepas menerima laporan bedah siasat. 
“Sehingga kini kita masih belum mendapat petunjuk sama ada mayat yang dijumpai mempunyai kaitan dengan kepala tanpa badan milik warga emas dipercayai dijadikan pemujaan di kuil di Ladang Coronation, 20 Mac lalu. 
“Orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga atau rakan-rakan diminta menghubungi polis dan datang ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pengecaman,” katanya. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.